Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jalan Kampung Hulu Maludam siap ikut jadual, tingkat keselesaan penduduk 
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf jalan Kampung Hulu Maludam siap ikut jadual, tingkat keselesaan penduduk 

Utusan Sarawak 1 day ago
PROJEK naik taraf jalan lorong rumah ke rumah secara berfasa di Kampung Hulu Maludam disiapkan sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan. Foto: ADUN Lingga

MALUDAM: Kerajaan Sarawak terus komited memperkasa infrastruktur luar bandar apabila projek naik taraf jalan lorong rumah ke rumah secara berfasa di Kampung Hulu Maludam disiapkan sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan kemudahan asas rakyat dilaksanakan dengan berkesan dan menepati perancangan.

“Alhamdulillah, projek kerajaan Sarawak bagi naik taraf jalan lorong rumah ke rumah secara berfasa di Kampung Hulu Maludam kini siap sepenuhnya mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau memaklumkan, projek tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hulu Maludam sebagai pihak berkepentingan di peringkat akar umbi.

Menurutnya, projek berkenaan bermula pada 9 September 2025 dan tarikh siap projek pada 8 Januari ini, sekali gus membuktikan kecekapan agensi pelaksana dalam menyiapkan kerja mengikut tempoh serta spesifikasi yang ditetapkan.

Dayang Noorazah berkata, naik taraf jalan tersebut diyakini membawa manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan pergerakan harian, meningkatkan akses kenderaan serta memperkukuh tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong sebagai agensi pelaksana, serta JKKK Kampung Hulu Maludam atas komitmen dan kerjasama erat sepanjang pelaksanaan projek.

Katanya, kejayaan menyiapkan projek ini membuktikan kepentingan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam menjayakan agenda pembangunan luar bandar.

Dalam pada itu, Pusat Khidmat N.28 Lingga, katanya, akan terus komited memantau pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Lingga bagi memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan baik, menepati spesifikasi serta memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Paras air di Pulau Bruit meningkat, keadaan masih terkawal
Next: Kebajikan rakyat terus diberi perhatian utama 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.