Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf infrastruktur Gereja Sing Ang Tong siap awal 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf infrastruktur Gereja Sing Ang Tong siap awal 2026

Utusan Sarawak 4 days ago
MICHAEL Tiang (dua kiri) menunjuk kawasan yang akan dinaiktaraf semasa lawatan tapak projek bersama MPS hari ini.

SIBU: Kerja menaik taraf sistem perparitan dan laluan pejalan kaki di Gereja Methodist Sing Ang Tong, di sini, akan dilaksanakan tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM300,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata projek tersebut akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) selaku agensi pelaksana.

“Projek ini telah dibincangkan sejak tahun lalu bersama pihak gereja selepas kita mendapati kawasan pintu masuk sering digenangi air ketika hujan lebat.

MICHAEL Tiang (empat kiri) bergambar bersama yang lain semasa lawatan tapak projek di Gereja Methodist Sing Ang Tong di Sibu, hari ini.

“Gereja ini berada di kawasan berbukit dan tidak mempunyai longkang perimetar sepenuhnya. Justeru, peruntukan RTP saya akan digunakan untuk membina longkang perimetar sepanjang 100 meter beserta laluan pejalan kaki bagi kemudahan jemaah,” katanya semasa lawatan tapak di sini, hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu, pembinaan laluan pejalan kaki turut dihubungkan ke kawasan tempat letak kereta awam, sekali gus memberikan lebih keselesaan dan keselamatan kepada para jemaah yang hadir ke gereja.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun hadapan.

Turut hadir Penolong Jurutera MPS, Harry Blazes, dan Penghulu Ting Tien Huat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 12 lokasi di Beluru tunjuk trend penurunan air selepas banjir
Next: RM200,000 naik taraf IPD Sibu demi kebajikan anggota polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.