Projek Mesra Rakyat di Betong tingkat prasarana Rumah Panjang Perdu

Facebook
WhatsApp
DATO Dr Richard Rapu melakukan lawatan tapak terakhir bagi PMR 2025 Parlimen Betong di Rumah Panjang Perdu, Spak, hari ini. Foto Facebook Dr Richard Rapu

BETONG: Lawatan tapak terakhir bagi Projek Mesra Rakyat (PMR) 2025 di Parlimen Betong telah berlangsung di Rumah Panjang Perdu, Spak hari ini dengan tumpuan kepada memastikan kelancaran pelaksanaan projek yang memberi impak langsung kepada penduduk setempat.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata selain meninjau perkembangan projek, lawatan tersebut menjadi peluang untuk menyantuni serta beramah mesra dengan penduduk rumah panjang, sambil mendengar sendiri pandangan dan keperluan mereka.

“Suasana mesra ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pihak pelaksana dan komuniti malah memastikan setiap projek benar-benar memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

DATO Dr Richard Rapu melakukan lawatan tapak terakhir bagi PMR 2025 Parlimen Betong di Rumah Panjang Perdu, Spak, hari ini. Foto Facebook Dr Richard Rapu

Projek PMR berkenaan merangkumi pembinaan jalan dan parit konkrit di kawasan Rumah Panjang Perdu yang baharu dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong bertindak sebagai agensi pelaksana.

Apabila siap sepenuhnya, projek ini dijangka meningkatkan keselesaan, keselamatan dan kemudahan prasarana kepada penduduk, sekali gus menyokong pembangunan luar bandar secara berterusan.

Dr Richard turut menyatakan harapan agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual dan memberikan manfaat jangka panjang kepada komuniti di kawasan berkenaan.

Oleh Adi Safarman