Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Lebuh Raya Pesisir Utara lengkapkan kesinambungan laluan darat Sarawak
  • TEMPATAN

Projek Lebuh Raya Pesisir Utara lengkapkan kesinambungan laluan darat Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
BERJALAN LANCAR… Awang Tengah memantau persiapan Majlis Pelancaran Projek Lebuh Raya Pesisir Utara di Limbang, hari ini.

LIMBANG: Projek Lebuh Raya Pesisir Utara merupakan pelengkap kepada kesinambungan laluan darat utara Sarawak dihubungkan dengan Sabah, Brunei dan Lebuh Raya Pan Borneo.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek ini amat bermakna dan dinantikan penduduk khususnya di utara negeri ini yang terpisah dengan bahagian lain di Sarawak.

“Memang saya berasa sungguh gembira dan bersyukur kerana projek Lebuh Raya Pesisir Utara ini diteruskan, memandangkan ia merupakan sebahagian daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo yang melalui negara Brunei.

“Pelaksanaan projek ini akan meningkatkan kesinambungan rangkaian jalan raya serta memudahkan mobiliti rakyat. Pada masa yang sama, di bahagian Limbang dan Lawas, fasa pertama Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) telah pun dilaksanakan, manakala fasa kedua juga telah dilancarkan. Projek Lebuh Raya Pesisir Utara ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” katanya.

TERBAIK… Awang Tengah kongsi kegembiraan dengan anak-anak yang membuat persediaan persembahan selamat datang untuk Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan persiapan Majlis Pelancaran Projek Lebuh Raya Pesisir Utara di Lapangan Rekreasi Limbang petang tadi.

Majlis Pelancaran Projek Lebuh Raya Pesisir Utara bakal disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg esok.

Seterusnya, selain berperanan menghubungkan dan memudahkan mobiliti, projek ini turut membuka laluan kepada pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi penduduk setempat.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kevin Lau gesa DAP Sarawak guna pengaruh Persekutuan tingkatkan peruntukan kesihatan negeri
Next: PETRA hargai media sebagai rakan strategik pembangunan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.