Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Projek Lebuh Raya Pesisir Utara buka peluang ekonomi baharu di utara Sarawak
  • SEMASA

Projek Lebuh Raya Pesisir Utara buka peluang ekonomi baharu di utara Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
PINTU EKONOMI… Awang Tengah mendengar penerangan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pesisir Utara daripada Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni di tapak pelancaran.

LIMBANG: Kawasan utara Sarawak bakal memainkan peranan penting sebagai pintu masuk ekonomi ke rantau Borneo termasuk Brunei menerusi pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pesisir Utara yang turut merangkumi aspek perdagangan dan pelancongan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak mempunyai hubungan serta kerjasama yang baik dengan Brunei dalam sektor ekonomi bagi mewujudkan zon ekonomi khas dan memperkukuh perdagangan rentas sempadan.

“Sekiranya pelaksanaan ini dapat direalisasikan sepenuhnya, tidak mustahil Sarawak, khususnya kawasan utara, akan menjadi pintu masuk utama kepada aktiviti ekonomi serantau.

“Ia juga akan memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan negara jiran Brunei. Oleh itu, kita boleh merancang penubuhan zon ekonomi khas melalui perdagangan rentas sempadan yang akan memberi kesan positif kepada para pengusaha tempatan.

“Selain itu, Lebuh Raya Pesisir Utara dan Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) turut berperanan sebagai pintu ke arah pembangunan koridor pelancongan di kawasan utara Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau persiapan Majlis Pelancaran Projek Lebuh Raya Pesisir Utara di Lapangan Rekreasi Limbang, petang tadi.

BERI PERHATIAN… Awang Tengah turut memberi pandangan mengenai projek Lebuh Raya Pesisir Utara yang akan menyuntik pembangunan ekonomi baru di utara Sarawak. 

Beliau berkata, projek Lebuh Raya Pesisir Utara yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak melibatkan anggaran kos sebanyak RM6.8 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.

Menurutnya, projek tersebut melibatkan penjajaran utama sepanjang 87.96 kilometer (km) yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Lebuh Raya Pesisir Utara Limbang dan Lawas. Lebuh Raya Pesisir Utara Limbang bermula dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tedungan hingga ke ICQS Pandaruan, dengan jarak 44.458 km. Sementara itu, Lebuh Raya Pesisir Utara Lawas bermula dari ICQS Mengkalap hingga ke ICQS Merapok, dengan jarak 43.502 km.

Pembinaan projek berkenaan turut merangkumi pembinaan 13 jambatan, termasuk jambatan ikonik, 44 buah perhentian bas, serta empat kawasan rehat dan khidmat (R&R) bagi kemudahan pengguna jalan raya.

Projek ini dijangka mengambil masa 48 bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bekas jurulatih Sarawak, Alan Vest meninggal dunia pada usia 86 tahun
Next: Sultan Pahang, Tengku Ampuan berangkat ke Majlis Malam Mesra Sarawak-Pahang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.