Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek laluan berbumbung SJKC Taman Rajang jadi inspirasi untuk sekolah lain
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek laluan berbumbung SJKC Taman Rajang jadi inspirasi untuk sekolah lain

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR…Tiang merakam kenangan selepas melakukan lawatan akhir dan penyerahan projek laluan berbumbung SJKC Taman Rajang, petang tadi.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Datuk Michael Tiang Ming Tee bercadang membina laluan berbumbung di beberapa sekolah dalam kawasannya selepas projek pertama di SJKC Taman Rajang terbukti memberi kemudahan lebih selesa dan selamat kepada pelajar serta komuniti setempat.

Menurutnya, projek laluan berbumbung di SJKC Taman Rajang dengan peruntukan sebanyak RM200,000 telah memberi banyak manfaat dalam menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan selamat kepada pelajar.

“Saya bercadang membina laluan berbumbung sama di SJKC Su Lai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sibu, SJKC Tung Hua, SMK Tung Hua dan Sekolah Kebangsaan (SK) Perbandaran Sibu No.4,” jelasnya kepada pemberita selepas melakukan lawatan akhir dan penyerahan projek tersebut, petang tadi.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memberitahu, sebelum ini kawasan berkenaan adalah laluan terbuka tanpa bumbung, menyebabkan pelajar terpaksa berjalan dalam keadaan hujan atau panas terik ketika menuju ke kawasan ibu bapa menunggu di bahagian belakang sekolah.

“Dengan adanya laluan berbumbung ini, pelajar kini boleh menunggu ibu bapa mereka dalam keadaan lebih selamat dan terlindung daripada cuaca.

“Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk aktiviti seperti berjalan kaki, berjoging dan bersenam. Laluan berbumbung tersebut sepanjang sekitar 200 meter,” ujarnya.

Selain itu, katanya, kemudahan laluan berbumbung bukan sahaja melindungi pengguna daripada hujan dan panas, malah menggalakkan budaya berjalan kaki serta mengurangkan kesesakan kenderaan di hadapan sekolah.

“Di Singapura, rangkaian laluan berbumbung yang meluas di negara itu berjaya menggalakkan orang ramai meletakkan kenderaan lebih jauh dan berjalan kaki dengan selesa,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pelaksanaan perkhidmatan bas henti-henti baharu yang akan diperkenalkan tahun ini akan disokong dengan pembinaan laluan berbumbung dan laluan pejalan kaki ke perhentian bas.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan orang ramai dapat berjalan dengan selamat ke perhentian bas dan seterusnya menggalakkan penggunaan pengangkutan awam,” katanya.

Tambahnya, selain aspek kemudahan dan keselamatan, laluan berbumbung juga berperanan sebagai ruang interaksi sosial yang mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.

Selain itu, Tiang turut meninjau projek yang telah siap di Taman Xi Ann, Gereja Methodist Zion serta Surau Darul Taqwa, Taman Rajang.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Latihan kebakaran tingkat kesedaran pelajar asrama SK Sungai Selidap
Next: JBPM Sarawak lancar Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina di Siburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.