Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Projek Klinik Kesihatan Jenis 4 Lubok Antu kini dalam proses tender semula
  • KESIHATAN

Projek Klinik Kesihatan Jenis 4 Lubok Antu kini dalam proses tender semula

Utusan Sarawak 2 days ago
ROY Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu). Foto: Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 4 yang baharu di Lubok Antu kini sedang melalui proses tender semula bagi menyiapkan baki kerja yang belum selesai.

Perkara ini dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu), semasa Persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Menurut kementerian, tender baharu bagi projek tersebut telah ditutup pada 19 Mei baru-baru ini, dan penilaian telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal (MTEC) Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada penghujung Jun 2025. 

Seterusnya, syor akan dibawa ke peringkat Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak dan Surat Setuju Terima (SST) dijangka dikeluarkan pada suku keempat tahun ini.

Berhubung pertanyaan sama ada klinik baharu itu akan dilengkapi dengan kemudahan mesin hemodialisis dan perkhidmatan X-ray, kementerian memaklumkan bahawa perkhidmatan seperti pengimejan (x-ray) adalah antara yang disediakan berdasarkan spesifikasi klinik kesihatan jenis 4. 

Ini termasuk juga rawatan pesakit luar, perkhidmatan ibu dan anak, pergigian, kecemasan, farmasi, rehabilitasi, penyakit berjangkit dan sistem TPC-OHCIS serta pemantauan keselamatan melalui CCTV.

Namun begitu, bagi perkhidmatan hemodialisis, ia tidak disediakan secara terus di klinik jenis 4 kerana tidak termasuk dalam spesifikasinya. 

Buat masa ini, pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis masih boleh mendapatkan rawatan tersebut di Hospital Betong dan Hospital Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Masih kecil tapi ‘besar’: Krisis obesiti kanak-kanak di Malaysia kian membimbangkan
Next: Apabila montel jadi beban: Obesiti tingkat risiko NCD kanak-kanak  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.