Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek khas Rumah Panjang Samu siap, manfaat besar kepada penduduk setempat
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek khas Rumah Panjang Samu siap, manfaat besar kepada penduduk setempat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
WAKIL dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Betong bersama agensi pelaksana projek serta pihak kontraktor yang terlibat telah mengadakan Lawatan Pemeriksaan Akhir di Rumah Panjang Enterie Lingkoi, Samu, Paku, Spaoh, hari ini. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Betong

SPAOH: Projek pembangunan khas di Rumah Panjang Enterie Lingkoi, Samu, Paku di sini telah berjaya disiapkan sepenuhnya sekali gus memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam aspek kediaman dan kemudahan asas.

Menurut kenyataan Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata, wakil dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Betong bersama agensi pelaksana projek serta pihak kontraktor terlibat telah mengadakan Lawatan Pemeriksaan Akhir bagi memastikan semua projek dilaksanakan mengikut skop dan spesifikasi ditetapkan.

Antara projek utama yang dilaksanakan ialah perolehan bahan binaan serta kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan Rumah Panjang Samu baharu melibatkan 14 pintu untuk menampung keperluan keluarga tambahan di kawasan berkenaan.

Selain itu, projek penyediaan bekalan elektrik tiga fasa ke Rumah Panjang Samu yang melibatkan 14 pintu turut berjaya disiapkan, sekali gus meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan menyokong keperluan harian penduduk.

Beliau berkata, projek berkenaan merupakan projek khas yang telah diumumkan semasa lawatan rasmi Premier Sarawak ketika menghadiri Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Samu pada tahun lalu, sebagai komitmen kerajaan negeri dalam membela kebajikan masyarakat luar bandar.

Pelaksanaan projek ini bukan sahaja meningkatkan kualiti kediaman, malah menyediakan kemudahan asas yang lebih selesa, selamat dan mampan serta menyokong aktiviti sosial dan ekonomi penduduk rumah panjang.

Sehubungan itu, Dr Richard merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Sarawak serta semua pihak terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan projek ini demi kesejahteraan rakyat di Parlimen Betong.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pembangunan inklusif DUN Kalaka selaras PCDS 2030, semua komuniti disantuni
Next: IPD Saratok fokus turunkan jenayah, perangi dadah dan tingkat kesedaran ‘scammer’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.