Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Kelapa 132 hektar jadi pemangkin ekonomi luar bandar Gedong
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek Kelapa 132 hektar jadi pemangkin ekonomi luar bandar Gedong

Utusan Sarawak 2 days ago
RODIYAH Sapiee meninjau kawasan projek penanaman kelapa seluas 132 hektar di Lubok Teranggas Blok B, Gedong, yang dilaksanakan di bawah inisiatif IRSDA bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan pertanian luar bandar. Foto Ukas

GEDONG: Pembangunan projek penanaman kelapa berimpak tinggi seluas 132 hektar di Gedong dijangka memberi lonjakan baharu kepada sektor pertanian setempat sekali gus meningkatkan sumber pendapatan komuniti luar bandar di kawasan berkenaan.

Projek berkenaan yang disertai 34 peserta itu merupakan antara inisiatif strategik di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA), dengan fokus memperkasa ekonomi setempat melalui pertanian berskala besar dan berdaya mampan.

Ahli Parlimen Batang Sadong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pertanian IRSDA, Rodiyah Sapiee berkata, pelaksanaan projek itu bukan sahaja membuka peluang ekonomi kepada peserta, malah menyumbang kepada agenda keselamatan makanan serta pembangunan luar bandar secara berterusan.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan tapak ke projek pembangunan tanaman kelapa baharu di Lubok Teranggas Blok B di sini, hari ini.

Menurutnya, varieti kelapa Malayan Tall dipilih sebagai tanaman utama dan pada fasa awal pelaksanaan, sebanyak 16,236 pokok telah ditanam dengan kepadatan purata 123 pokok bagi setiap hektar.

“Pada tahun pertama, kos penanaman berjumlah RM983,822.40 yang dibiayai melalui peruntukan persekutuan. Bagi tahun kedua, kos penyelenggaraan dianggarkan sekitar RM462,000 dan keseluruhan projek dijadualkan siap sepenuhnya pada 2025,” katanya.

Selain aktiviti penanaman, projek itu turut merangkumi pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur asas dengan nilai RM3.27 juta menerusi peruntukan IRSDA, yang telah disiapkan sepenuhnya pada 2024 bagi menyokong operasi ladang.

Rodiyah menegaskan kejayaan projek berkenaan bergantung kepada pemantauan berterusan, khususnya dari segi penyelenggaraan tanaman dan pengurusan ladang yang sistematik.

Sehubungan itu, beliau berharap Jabatan Pertanian dapat mempertingkat kekerapan pemantauan teknikal bagi memastikan pertumbuhan tanaman berada pada tahap optimum dan hasil yang bakal diperoleh kelak mampu memberi pulangan sewajarnya.

“Pelaburan besar yang telah disalurkan perlu diurus secara cekap agar manfaatnya dapat dirasai dalam jangka panjang, bukan sahaja oleh peserta projek, malah kepada pembangunan ekonomi luar bandar secara keseluruhan,” ujarnya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Pertanian Bahagian Samarahan, Hamzah Abu Bakar serta Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, Abang Ahmad Azlan Abang Ariffin.

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf jalan Kampung Hulu Baru Lingga siap sepenuhnya 2026 
Next: 176 kenderaan diperiksa dalam Ops Harian di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.