Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek JPD di Saratok buka laluan baharu untuk kesejahteraan luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek JPD di Saratok buka laluan baharu untuk kesejahteraan luar bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
MOHAMAD Duri bersama KKDW dan KMKK melakukan tinjauan beberapa projek JPD di sekitar DUN Kalaka, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Usaha meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar terus diperkasa apabila projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini dalam peringkat pelaksanaan di beberapa lokasi sekitar Saratok, termasuk di Kampung Pagan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata pelaksanaan projek ini bakal memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat luar bandar melalui penyediaan akses jalan yang lebih selesa serta kemudahan bekalan air bersih dan elektrik.

Menurut beliau, rombongan terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Saratok, Jurutera Awam Sharul Hisyam Ali serta pegawai KKDW telah mengadakan lawatan tapak pagi semalam bagi meninjau sendiri keperluan dan skop kerja yang akan dilaksanakan

“Alhamdulillah, saya sempat melihat sendiri keadaan jalan yang akan dinaik taraf daripada jalan batu dan tanah kepada jalan simen.

“Projek ini adalah lanjutan daripada permohonan Pusat Khidmat ADUN Kalaka yang telah diluluskan KKDW,” katanya.

Mohamad Duri menegaskan bahawa projek tersebut bukan sekadar menaik taraf jalan, tetapi juga sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penyediaan infrastruktur asas yang lebih baik

“Pelaksanaan projek ini akan memastikan penduduk luar bandar mendapat jalan perhubungan yang baik, selain mendapat bekalan air bersih dan elektrik bagi meningkatkan taraf sosioekonomi serta kesejahteraan hidup,” tambahnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua KMKK yang terlibat dalam lawatan kerja tersebut, sambil berharap projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mohamad Duri turut menyeru penduduk setempat memberikan kerjasama penuh kepada pihak pelaksana bagi memastikan kerja berjalan lancar.

“Saya berharap komuniti di kawasan projek dapat memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang pelaksanaan kerja. Ini adalah untuk manfaat bersama dalam jangka masa panjang,” katanya.

Projek JPD ini dijangka menjadi pemangkin pembangunan desa secara menyeluruh di kawasan Saratok.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lawatan kerja pertingkat keberkesanan penyampaian projek di Belaga
Next: Usaha banteras dadah diperkasa melalui kerjasama komuniti dan agensi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.