Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek JPD di DUN Kalaka giat dilaksanakan dengan kerjasama KKDW
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek JPD di DUN Kalaka giat dilaksanakan dengan kerjasama KKDW

Utusan Sarawak 3 days ago
GAPOR Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka telah melakukan proses serah tapak di dua tapak projek JPD bersama pegawai daripada KKDW dekat sini hari ini. -Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Projek menaik taraf Jalan Perhubungan Desa (JPD) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka kini sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata di kawasan Kalaka beberapa projek JPD akan dilaksanakan pada tahun ini yang bakal memberikan manfaat kepada masyarakat di luar bandar.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KKDW kerana pada tahun ini beberapa projek naik taraf projek JPD akan dilaksanakan di kawasan DUN Kalaka.

“Besarlah harapan saya dengan wujudnya projek-projek tersebut, penduduk setempat dapat menikmati kemudahan jalan perhubungan yang baik bagi memudahkan urusan harian mereka. 

“Secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka telah melakukan proses serah tapak di dua tapak projek JPD bersama pegawai daripada KKDW dekat sini, hari ini.

Mohamad Duri berkata kelulusan projek tersebut amat bermakna terutamanya dalam memudahkan pergerakan keluar masuk penduduk setempat, selain bakal merancakkan aktiviti sosioekonomi penduduk di kawasan terlibat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 25 projek dicadang bagi 2026, peruntukan RM5 juta
Next: IPD Sri Aman laksana ibadah korban sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.