Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jeti, sumbangan PIBG serlah komitmen kepada Tanjung Manis
  • WILAYAH

Projek jeti, sumbangan PIBG serlah komitmen kepada Tanjung Manis

Utusan Sarawak 7 hours ago
UCAPAN… Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir  Yusuf Abd Wahab berucap di program pemimpin bersama rakyat. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjung Manis

TANJUNG MANIS: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab mengumumkan beberapa projek rakyat termasuk naik taraf jeti dan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Muara semasa program pemimpin bersama rakyat di Rumah Jugah Banyah, hari ini. 

Katanya, sumbangan tersebut termasuklah 16 unit kipas dinding untuk Rumah Jugah Banyah, Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM3,000 kepada PIBG SK Muara Payang dan projek naik taraf jeti Rumah Muli Nyantau bernilai RM150,000 yang kini dalam peringkat pelaksanaan.

“Program pemimpin bersama rakyat adalah platform yang sangat bermakna untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. 

“Ia memberikan peluang kepada wakil rakyat untuk mendekati rakyat, memeriahkan suasana kampung dan pada masa sama berkongsi visi, perancangan serta inisiatif pembangunan untuk kemajuan bersama,” katanya ketika berucap di program tersebut. 

SELAMAT DATANG… Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir  Yusuf Abd Wahab disambut oleh penduduk setempat setibanya di program pemimpin bersama rakyat bertempat di Rumah Jugah Banyah, hari ini. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjung Manis

Katanya, komitmen kerajaan melalui Bajet 2025 bernilai RM15.8 bilion, dengan RM10.9 bilion atau 62 peratus daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar, manakala RM4.9 bilion untuk perbelanjaan operasi.

“Antara projek mega yang sedang dilaksanakan termasuklah seperti Lebuh Raya Pan Borneo, Jalan Pesisir Pantai, Jambatan Muara Lassa, Batang Paloh dan Batang Igan.

“Pelbagai skim bantuan untuk rakyat seperti Sumbangan Khairat Asas Sarawak (SKAS), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), serta Bantuan Kewangan Khas (BKK) bernilai RM30 juta turut diperkenalkan untuk memberi RM1,200 kepada pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara. 

“Kerajaan Sarawak juga telah mengumumkan yuran percuma bagi pelajar di lima IPT terpilih menjelang 2026 iaitu Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Universiti i-CATS dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS),” katanya. 

Tegasnya, pelbagai lagi inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan dan ia membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan rakyat. 

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada penduduk supaya sentiasa berwaspada berikutan cuaca tidak menentu serta ramalan keadaan cuaca buruk di kawasan pesisir.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komuniti Kapit terima peruntukan lebih RM700,000, bukti komitmen kerajaan
Next: Buaya 150kg ditemui mati bersama umpan di Sungai Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.