Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek jambatan RM285 juta di Batang Igan siap Disember ini
  • TEMPATAN

Projek jambatan RM285 juta di Batang Igan siap Disember ini

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEMANTAUAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika melawat projek Jambatan Batang Igan petang tadi. Turut kelihatan ialah Cassidy serta yang lain.

MATU: Projek pembinaan Jambatan Batang Igan yang menelan kos sebanyak RM285 juta dijangka siap sepenuhnya pada 25 Disember tahun ini, lebih awal daripada jadual asal.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata setakat ini kemajuan fizikal projek tersebut telah mencapai 82 peratus, menunjukkan perkembangan yang sangat positif.

“Selamat petang semua. Hari ini saya berada di tapak pembinaan Jambatan Batang Igan untuk meninjau kemajuan projek yang kini sedang giat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan ke tapak projek berkenaan, petang tadi.

Beliau menyatakan rasa puas hati terhadap kemajuan yang dicapai dan optimis bahawa sasaran tarikh siap dapat direalisasikan.

“Saya sangat gembira melihat kemajuan kerja yang telah mencapai 82 peratus. Hanya berbaki 18 peratus sahaja lagi, dan berdasarkan perbincangan tadi, pihak kontraktor disaran mengekalkan kadar kemajuan sekurang-kurangnya tiga peratus setiap bulan bagi mencapai sasaran,” ujarnya.

Jambatan sepanjang 1.439 kilometer itu merupakan komponen penting dalam melengkapkan jaringan jalan pesisir pantai Sarawak, yang dijangka dapat meningkatkan kemudahan mobiliti serta merangsang pertumbuhan ekonomi kawasan sekitarnya.

Untuk rekod, projek ini pada asalnya dijadualkan siap pada 24 Februari tahun depan, namun kerajaan negeri mengambil langkah proaktif mempercepatkan pelaksanaannya setelah mengambil alih pembinaan sepenuhnya selepas projek tersebut dibatalkan oleh kerajaan Persekutuan ketika pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Ir Dr Cassidy Morris, Timbalan Pengarah (Infrastruktur) JKR Sarawak Ir Wisil Lichok, Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh, serta pegawai-pegawai kanan lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek jalan RM74 juta lewat 70 hari, JKR panggil mesyuarat tindakan
Next: Pesta Tasik Biru tampilkan 11 hari acara budaya, sukan dan hiburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.