Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Jambatan Batang Lupar bermula
  • TEMPATAN

Projek Jambatan Batang Lupar bermula

Utusan Sarawak 4 years ago
TELITI… Datuk Julaihi Narawi meneliti pelan Jambatan Batang Lupar ketika melawat tapak lapangan projek Jambatan Batang Lupar, semalam.

SEBUYAU: Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar yang menghubungkan Sebuyau ke Jambatan Triso telah mula dijalankan.

Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan,Datuk Julaihi Narawi Sarawak berjaya mendapat penjimatan dengan hanya mengeluarkan kos keseluruhan sebanyak RM848 juta berbanding kos asal sebanyak RM1 billion.

“Kos projek ini termasuk pembinaan jalan tuju yang akan menjadi jalan pertukaran kepada empat lokasi berbeza iaitu ke Asajaya, Lingga, Sembangan dan Triso.

“Semua kos pembinaan projek ini adalah di bawah tanggungan Kerajaan Sarawak sepenuhnya,”katanya ketika melawat tapak lapangan projek Jambatan Batang Lupar di sini semalam.

“Kita telah membahagikan projek ini kepada dua kontrak berasingan yang mana satu adalah untuk pembinaan jambatan manakala satu lagi untuk pembinaan jalan tuju.

“Kedua-dua kontrak telah diserahkan kepada kontraktor yang berjaya dan kerja telah dimulakan di tapak lapangan,” jelasnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau.

Perintis projek pembinaan jambatan di laluan pesisir seluruh Sarawak sedang giat dijalankan bagi memudahkan pengguna jalan pesisir selain menjimatkan masa perjalanan merentasi Sarawak.

Sarawak telah memulakan sembilan projek pembinaan jambatan di seluruh jalan pesisir di Sarawak semenjak 6 April 2019 di mana majlis pecah tanah projek jambatan pertama adalah projek Jambatan Batang Rajang.

Oleh ASYRAF HALIM

Continue Reading

Previous: Bekalan barangan di Sarikei mencukupi
Next: 6 DAERAH DILAKSANAKAN PKPB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.