Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Jambatan Batang Lupar 1 dijangka siap Mei 2026
  • TEMPATAN

Projek Jambatan Batang Lupar 1 dijangka siap Mei 2026

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Jambatan Batang Lupar 1 (Pakej D2B) serta jajaran Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road) di Sebuyau, Bahaian Samarahan hari ini. Foto: Adele Rissa

SEBUYAU: Projek Jambatan Batang Lupar 1 kini mencapai kemajuan 87 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2026, kata Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Pemantauan rapi perlu dilakukan bagi memastikan pembinaan projek berjalan mengikut jadual, mematuhi piawaian keselamatan dan mengekalkan kualiti kerja.

“Setiap pelaburan kerajaan mesti diterjemahkan dalam bentuk manfaat kepada rakyat. Itu yang paling penting,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Jambatan Batang Lupar 1 (Pakej D2B) serta jajaran Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road) di Sebuyau, Bahagian Samarahan hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meninjau kemajuan Projek Jambatan Batang Lupar (Pakej D2B) serta jajaran Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road) di Sebuyau, Bahagian Samarahan hari ini. Foto: JKR

Projek bernilai tinggi itu dilaksanakan oleh Perbena Emas Sdn. Bhd dan menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan Sarawak memperkukuh jaringan jalan raya di kawasan luar bandar serta pesisir.

Setelah siap dibina, jambatan tersebut dijangka memainkan peranan penting dalam mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap perkhidmatan feri serta memperkukuh pembangunan sosioekonomi kawasan setempat, terutamanya dalam sektor pertanian, perumahan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Oleh Amanda L & Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Keanggunan tradisional Suziana Sampang rangkul Ratu Pesta Simunjan 2025
Next: Tekankan kontraktor siapkan Projek Jambatan Sungai Lingga tanpa abai kualiti, keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.