Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek jalan RM74 juta lewat 70 hari, JKR panggil mesyuarat tindakan
  • TEMPATAN

Projek jalan RM74 juta lewat 70 hari, JKR panggil mesyuarat tindakan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERBINCANGAN PROJEK… Datuk Amar Douglas Uggah (tengah) berbincang bersama Pengarah JKR, Ir Cassidy Morris dan Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib di tapak projek pembinaan jalan di Dalat, hari ini. FotoADUN Bukit Saban

DALAT: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengadakan satu mesyuarat bersama kontraktor, perunding, pemegang lesen projek, dan semua pihak berkepentingan hujung bulan ini bagi membincangkan isu-isu berkaitan projek pembinaan Jalan Kampung Medong, Lebrasau/Kampung Klid yang kini mengalami kelewatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata mesyuarat itu amat penting bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang menghalang kelancaran dan penyiapan projek sepanjang 11.67 kilometer (km) tersebut.

Menurut Uggah, projek jalan raya bernilai RM74 juta itu kini mencatat kelewatan 70 hari berbanding jadual asal dan hanya mencapai kemajuan 48.56 peratus, berbanding sasaran 55.62 peratus pada masa ini.

“Projek ini bukan sahaja melibatkan pembinaan jalan, tetapi turut merangkumi tiga jambatan yang merentasi Sungai Lebrasau, Sungai Peluan, dan Sungai Klid. Ia dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir Januari tahun depan.

“Kami akan terus turun padang untuk memantau perkembangan projek-projek seperti ini. Kita mahu semua projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya semasa melakukan lawatan tapak ke projek berkenaan di sini, hari ini.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD), berkata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini menegaskan pentingnya peranan aktif JKR dan agensi berkaitan dalam memastikan projek pembangunan negeri berjalan lancar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib yang turut hadir mengucapkan penghargaan kepada Uggah atas komitmen beliau memantau secara langsung pelaksanaan projek di kawasan Mukah.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek pembinaan jalan di Dalat lewat 70 hari daripada jadual asal – Uggah
Next: Projek jambatan RM285 juta di Batang Igan siap Disember ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.