Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan raya RM103 juta dari Jalan Sungai Nai/Tanjong Gelang ke Kampung Bruit dibina akhir tahun ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek jalan raya RM103 juta dari Jalan Sungai Nai/Tanjong Gelang ke Kampung Bruit dibina akhir tahun ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
Datuk Rubiah Wang 
Dato Yusuf Abd Wahab 

KUALA LUMPUR: Projek membina jalan raya dari Jalan Sungai Nai/Tanjong Gelang ke Kampung Bruit, di Daro dijangka bermula pada suku keempat tahun ini.

Kos projek itu kini RM103.89 juta setelah disemak semula daripada RM94.2 juta dan tender dijangka dapat dikeluarkan pada suku kedua 2026.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata skop projek dipinda kepada pembinaan jalan berturap sepanjang 15.7 kilometer mengikut spesifikasi JKR R1, termasuk pembinaan sebuah jambatan konkrit.

“Projek ini diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan beberapa pindaan dilakukan setelah selesai menjalani Makmal Kejuruteraan Nilai pada 26 September 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) di sidang Dewan Rakyat semalam.

Menjawab soalan tambahan, Rubiah memberitahu projek Jalan Kampung Sedi/ Sebako, telah diluluskan pada 2021 dengan kos sebanyak RM60 juta. 

Katanya, skop projek yang diluluskan adalah membina jalan berturap sepanjang 10km dengan lebar 6.0m dengan piawaian JKR R1. 

Kementerian juga telah melantik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak sebagai agensi pelaksana projek pada ketika itu.

Bagaimanapun katanya, pada 2022, pihak JPS Sarawak telah memaklumkan bahawa projek ini telah bertindih dengan Projek Menurap Jalan Sedi Sebako (Fasa 2), Daro, yang dilaksanakan di bawah peruntukan kerajaan Sarawak dan telah berjaya disiapkan pada Jun 2022. 

Justeru, projek jalan di bawah KKDW ini telah dibatalkan.

“Untuk makluman, adalah menjadi dasar Unit Perancang Ekonomi (EPU) atau Kementerian Ekonomi, bahawa projek yang dibatalkan tidak boleh ditukar ganti dengan projek-projek baharu yang lain. 

“Sebaliknya, KKDW telah mengemukakan permohonan projek Membina Jalan Tanjung Manis/ Kedang/ Paloh, Bahagian Mukah, di bawah RP3, RMKe-12 yang akhirnya telah diluluskan pada Belanjawan 2023 dengan kos RM267 juta. 

“Projek ini telah pun ditender pada 26 September 2025 dan sedang menunggu perakuan oleh Lembaga Perolehan kementerian sebelum pelantikan kontraktor dimuktamadkan di peringkat Kementerian Kewangan (MoF),” katanya.

Continue Reading

Previous: Peruntukan RTP RM100,000 bina sistem perparitan baharu di Kampung Hulu Lingga
Next: Wanita 53 tahun hilang di Kampung Betanak, operasi SAR diteruskan hari ini 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.