Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek jalan penghubung bakal mudahkan akses penduduk seberang Bintangor ke Sibu
  • TEMPATAN

Projek jalan penghubung bakal mudahkan akses penduduk seberang Bintangor ke Sibu

Utusan Sarawak 3 hours ago
UNTUK RAKYAT… Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, merakam kenangan bersama para penerima cek pampasan tanah dan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 KTN dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN Bahagian Sibu di Dewan Kompleks Islam Sibu, hari ini.

SIBU: Projek pembinaan Jalan Nanga Bangkit/Muara Lebaan ke Jalan Sibu/Tanjung Manis yang kini sedang dilaksanakan dijangka memudahkan penduduk di seberang pekan Bintangor untuk berulang-alik ke bandar Sibu apabila siap kelak.

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, projek jalan penghubung (missing link) bakal memberi manfaat kepada penduduk di Sungai Sian, Selemas dan Kampung Bundung, Bintangor yang boleh menggunakan laluan tersebut ke Sibu melalui Jambatan Lebaan.

“Mengenai projek jalan penghubungini, jika kita imbas kembali, sebanyak RM45 juta telah diluluskan di bawah kepimpinan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem untuk pembinaan jalan raya ke Tanjung Manis dari Sarikei.

“Namun peruntukan itu tidak mencukupi, justeru ia digunakan untuk menaik taraf Jalan Rentap di Sarikei, dari Jambatan Sarikei hingga ke Hospital Sarikei,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah, Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN Bahagian Sibu di Dewan Kompleks Islam Sibu, hari ini.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belawai berkata, perancangan seterusnya ialah membangunkan projek jalan penghubung dari Selemas ke Lebaan sejauh kira-kira lima kilometer dengan kos melebihi RM80 juta.

Menurutnya, pelaksanaan projek tersebut amat penting khususnya kepada penduduk di seberang pekan Bintangor yang ketika ini masih bergantung kepada perkhidmatan feri Sungai Sian untuk ke Bintangor.

“Projek ini juga merupakan sebahagian daripada rangkaian jalan raya. Tahun lalu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah merasmikan Jambatan Tunku Bujang di Jalan Pasi, Sarikei.

“Ia akan melengkapkan jaringan jalan raya bagi menghubungkan penduduk di seberang Bintangor melalui laluan darat serta jambatan yang telah siap di Jalan Pasi,” ujarnya.

Beliau menjangkakan projek berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun setengah atau 30 bulan, tertakluk kepada kelancaran proses pembayaran pampasan tanah di Bahagian Sarikei.

Pada majlis tersebut, Len Talif mewakili Timbalan Premier Srawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menyampaikan cek pampasan kepada 92 pemilik tanah yang terlibat dalam tiga projek pembangunan kerajaan, dengan jumlah keseluruhan pampasan sebanyak RM9,312,149.96.

Daripada jumlah itu, 32 pemilik menerima RM3,256,768 bagi projek naik taraf Jalan Oya Fasa II; 44 pemilik menerima RM5,209,162.70 bagi projek jalan penghubung dari Taman Permai ke Jalan Ulu Sungai Merah manakala 16 pemilik menerima RM846,219.26 bagi projek jalan penghubung Jalan Nanga Bangkit/Muara Lebaan ke Jalan Sibu/Tanjung Manis.

Beliau turut menyerahkan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 KTN kepada 59 rumah panjang di Bahagian Sibu dan Selangau melibatkan keluasan 13,119 hektar.

Sementara itu, seramai 85 penerima turut menerima Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN membabitkan kawasan seluas 242 hektar.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta, ADUN Tamin, Christopher Gira Sambang, ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sokongan penduduk kukuhkan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Desa Wira Fasa 2
Next: Rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Miri, gabung suasana berbuka puasa 21 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.