Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan, elektrik Sungai Passin bawa perubahan besar kepada penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek jalan, elektrik Sungai Passin bawa perubahan besar kepada penduduk

Utusan Sarawak 5 hours ago
BERSAMA RAKYAT…..Dr Safiee ketika berucap pada Majlis Mantar Gawai 2026 Sungai Passin di Rumah Atoh, Sungai Passin, semalam.

MATU: Projek jalan raya dan bekalan elektrik yang sedang dilaksanakan di kawasan Sungai Passin dijangka membawa perubahan besar terhadap kehidupan masyarakat luar bandar terutama dari aspek ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan hidup.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, pembangunan infrastruktur asas itu amat dinantikan penduduk tujuh rumah panjang di kawasan berkenaan sejak sekian lama.

DR SAFIEE…..Ketika upacara ngetas ranyai pada Majlis Mantar Gawai 2026 Sungai Passin di Rumah Atoh, Sungai Passin, semalam.

“Apabila kedua-dua projek ini siap sepenuhnya nanti, penduduk akan menikmati sistem perhubungan yang lebih selesa dan akses bekalan elektrik yang lebih stabil, sekali gus membuka lebih banyak peluang pembangunan dan ekonomi kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Mantar Gawai 2026 Sungai Passin di Rumah Atoh, Sungai Passin, semalam.

UNTUK RAKYAT….Dr Safiee menyampaikan sumbangan geran MRP kepada salah seorang penerima pada Majlis Mantar Gawai 2026 Sungai Passin di Rumah Atoh, Sungai Passin, semalam.

Dr Safiee berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan kawasan luar bandar bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar secara berperingkat.

Menurutnya, pembangunan infrastruktur asas merupakan pemangkin utama dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk serta membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan pedalaman.

UNTUK KENANGAN….Dr Safiee merakam kenangan bersama tetamu pada Majlis Mantar Gawai 2026 Sungai Passin di Rumah Atoh, Sungai Passin, semalam.

Beliau turut berharap penduduk rumah panjang terus memberikan kerjasama kepada pihak kontraktor dan agensi pelaksana supaya proses pembinaan dapat berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

Pada majlis itu, Dr Safiee turut menyampaikan sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM63,000 kepada tujuh rumah panjang Sungai Passin, tiga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batang Lassa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Passin.

Terdahulu, Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Mukah membentangkan kemajuan Projek Construction and Completion of Remaining Works for Proposed Jalan Sungai Passin/Matu yang kini mencapai 77.46 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2027.

Sementara itu, Pengurus SEB RES Sdn. Bhd, Susana Jill memaklumkan Projek Rural Electrification Scheme (RES66) Last Mile Sungai Passin pula telah mencapai 94.43 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Jun depan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Projek tangki air Batu Luking terima peruntukan RM500,000
Next: Sampah dibuang sesuka hati walaupun papan tanda amaran dipasang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.