Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan di Bintangor dipergiat di bawah RTP 2024
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek jalan di Bintangor dipergiat di bawah RTP 2024

Utusan Sarawak 3 weeks ago

SAKSI….Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei menyaksikan penyerahan siap kerja projek RTP. 

BINTANGOR: Pelbagai projek pembinaan jalan konkrit dan pelebaran jalan telah dijalankan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024. 

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, berkata usaha ini bertujuan untuk memperkukuh infrastruktur asas luar bandar. 

“Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan penduduk serta memberi dorongan baharu kepada pembangunan kawasan luar bandar.

“Projek ini melibatkan kerja pembinaan jalan konkrit baharu dan titian papan yang meningkatkan kemudahan perhubungan bagi memudahkan keluar masuk penduduk setempat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok ketika dihubungi. 

Katanya, pelaksanaan projek-projek tersebut akan meningkatkan keselesaan hidup penduduk. 

“Selain itu, ia juga melancarkan sistem pengangkutan dan seterusnya memberi rangsangan baharu kepada pertumbuhan ekonomi luar bandar,” katanya. 

Semalam, pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei bersama Penolong Jurutera Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) Churchill Barrak telah turun padang meninjau beberapa lokasi projek yang telah siap dilaksanakan serta menyaksikan penyerahan siap kerja projek RTP.

Antara projek pembinaan jalan konkrit yang telah siap adalah di Jalan Kertong, Jalan Chai Hing, Jalan Hua Kiew di Sungai Tulai, Jalan Soon Sing di Sungai Bakong, Rumah Sembambu Seli di Jalan KJD, Rumah Mary Juwin di Jalan KJD dan Rumah Adam Empeni di Sungai Kesa.

Sementara itu, projek pembinaan titian papan yang telah siap adalah Rumah Bajik di Sungai Tulai, dan Rumah Empani Budom di Sungai Meradong.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Beberapa jalan utama di Sarikei ditutup sempena Separuh Maraton Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025
Next: Kumpulan Cendrawasih Miri johan Gendang Melayu Sarawak Zon F

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.