Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan dan jambatan Nanga Ibus siap, hadiah Gawai paling bermakna
  • WILAYAH

Projek jalan dan jambatan Nanga Ibus siap, hadiah Gawai paling bermakna

Utusan Sarawak 3 days ago
ADUN Krian, Friday Belik merasmikan projek siap pembinaan jalan dan jambatan di Rumah Layang, Nanga Ibus Seblak dekat sini semalam. Foto: ADUN Krian

ROBAN: Siapnya projek pembinaan jambatan dan jalan di Nanga Ibus Seblak bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian merupakan hadiah sambutan Gawai Dayak paling bermakna kepada penduduk di situ pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, siapnya projek tersebut sekali gus telah menamatkan penantian selama 62 tahun bagi penduduk untuk melihat kemudahan jalan raya dan jambatan dibina di kawasan berkenaan.

Beliau berkata sebelum ini penduduk di sekitar kawasan Nanga Ibus Seblak hanya bergantung kepada pengangkutan sungai dan perahu untuk menghubungkan ke kawasan lain.

“Pembinaan jalan dan jambatan tersebut bermula pada tahun 2022 dan siap sepenuhnya pada bulan Januari tahun ini dengan kos keseluruhan RM1.2 juta.

“Ia menggunakan peruntukan daripada Tabung Lembaga Konsesi Hutan dari kerajaan Sarawak. Jalan tersebut bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk tetapi juga sudah pasti akan membantu meningkatkan peluang sosio-ekonomi penduduk,” katanya.

ADUN Krian, Friday Belik menghadiri majlis projek siap pembinaan jalan dan jambatan di Rumah Layang, Nanga Ibus Seblak dekat sini semalam. Foto: ADUN Krian

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan projek siap pembinaan jalan dan jambatan di Rumah Layang, Nanga Ibus Seblak dekat sini semalam.

Friday berkata rata-rata penduduk amat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana telah merealisasikan impian mereka untuk menikmati jalan perhubungan yamg lebih baik dan selamat.

“Ia sekali gus merupakan hadiah Gawai Dayak yang cukup bermakna kali ini buat penduduk rumah panjang Nanga Ibus Seblak serta di sepanjang laluan tersebut,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk rumah panjang disaran amalkan prinsip 4K
Next: Enam projek RTP di Maludam siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.