Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan bakal tingkat jaringan perhubungan luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek jalan bakal tingkat jaringan perhubungan luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh dan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab melakukan upacara Ngiling Bidai bersama pemimpin masyarakat setempat. Foto Pusat Khidmat Kuala Rajang

SARIKEI: Projek pembinaan jalan baharu yang dirancang di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dijangka memberi impak besar terhadap sistem perhubungan serta pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar di kawasan Sarikei.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek tersebut melibatkan pembinaan jalan menghubungkan Kerubong ke Sare dan jalan menuju ke Bukit Kinyau sepanjang empat kilometer.

Katanya, projek jalan Kerubong ke Sare yang kini berada pada peringkat reka bentuk dijangka ditender sama ada tahun ini atau tahun hadapan sebelum pelaksanaan dimulakan.

“Antara projek utama yang sedang dirancang ialah pembinaan jalan menghubungkan Kerubong ke Sare sepanjang kira-kira tujuh kilometer dengan kos RM56 juta.

“Apabila siap kelak, penduduk setempat akan menikmati perjalanan yang lebih mudah dan lancar ke Sare dan bandar Sarikei tanpa perlu menggunakan laluan yang lebih jauh,” katanya.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang dan Pengerusi RADDA berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengerami Ngiling Bidai di Dewan Masyarakat Sare, semalam.

Tambahnya, projek tersebut merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam memperkukuhkan jaringan perhubungan luar bandar serta meningkatkan aksesibiliti penduduk ke pusat perkhidmatan dan ekonomi.

Selain itu, katanya, RADDA turut merancang pembinaan jalan menuju ke Bukit Kinyau melibatkan jarak kira-kira empat kilometer dengan kos RM30 juta.

“Projek ini akan melengkapkan rangkaian jalan sedia ada di kawasan tersebut serta sekali gus membuka lebih banyak peluang pembangunan dan kemudahan kepada penduduk luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pembinaan jalan baharu ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sentebu turut diberi keutamaan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Projek sepanjang hampir satu kilometer ini akan menghubungkan kawasan berhampiran hospital dengan SK Sungai Sentebu.

“Ia sekali gus menyediakan laluan yang lebih selamat dan selesa kepada murid, guru serta penduduk,” katanya lagi.

Jelasnya, peruntukan yang pada asalnya dicadangkan untuk pembinaan dewan sekolah tersebut telah disalurkan kepada projek jalan itu memandangkan keperluannya yang lebih mendesak dan memberi manfaat yang lebih besar kepada warga sekolah dan penduduk setempat.

Tegas beliau, pelaksanaan projek-projek di bawah RADDA membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan luar bandar menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR digerakkan kesan lelaki hilang di kebun sawit Empayang
Next: Lelaki hilang di kebun sawit Empayang ditemui selamat, Operasi SAR ditamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.