Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek jalan baharu bakal jadikan Kampung Sadir tumpuan pelancong
  • TEMPATAN

Projek jalan baharu bakal jadikan Kampung Sadir tumpuan pelancong

Utusan Sarawak 15 hours ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil (empat kiri), bersama tetamu jemputan yang lain ketika merasmikan Pesta Buah Durian 2026, di Kampung Sadir, Padawan, hari ini. Foto Levrone Aigle 

PADAWAN: Kampung Sadir di hulu Padawan berpotensi menjadi destinasi pelancongan popular apabila projek Jalan Temong-Tepoi-Sadir siap dilaksanakan, membuka laluan terus ke kawasan itu dan memudahkan pelancong mengunjungi kampung berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil berkata, Fasa Pertama projek yang merangkumi kira-kira lima kilometer sehingga ke Kampung Sibakar kini sedang dilaksanakan, manakala keseluruhan laluan sejauh sembilan kilometer dijangka membuka akses lebih mudah ke Kampung Sadir.

“Projek jalan sepanjang sembilan kilometer ini berjalan lancar dan selepas siap kelak, ia dijangka meningkatkan daya tarikan Kampung Sadir sebagai destinasi pelancongan. 

“Selain itu, ia juga mampu memberi peluang ekonomi kepada penduduk melalui sektor pelancongan, sambil menonjolkan keindahan flora dan fauna tempatan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Makan Durian 2026 di dewan komuniti Kampung Sadir di sini, hari ini. 

TIMBALAN Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Makan Durian 2026 di dewan komuniti Kampung Sadir, hari ini. Foto Adele Rissa 

Dr Jerip, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan ADUN Mambong, berkata dua projek jalan tambahan di kawasannya kini berada pada peringkat tender. 

Projek berkenaan termasuk Jalan Biya Jaber berjumlah RM24 juta yang dibiayai Kerajaan Persekutuan dan Jalan Kampung Sapit berjumlah RM20 juta di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Kuching Raya (GKCDA). 

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk Pesta Makan Durian, dengan harapan festival itu dapat dianjurkan dalam skala lebih besar pada tahun hadapan bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan menjual hasil durian mereka.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesta Buah Durian Kampung Sadir tarik pengunjung, durian organik jadi tumpuan
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah nikmati pengalaman membeli-belah di Emart Batu Kawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.