Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek infrastruktur tiga sekolah DUN Kabong berjumlah RM1.65 juta
  • WILAYAH

Projek infrastruktur tiga sekolah DUN Kabong berjumlah RM1.65 juta

Utusan Sarawak 22 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir selepas menghadiri sesi taklimat beberapa projek pembangunan yang dibiayai melalui BDDA melibatkan beberapa buah sekolah di kawasan DUN Kabong, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sebanyak tiga projek infrastruktur di tiga sekolah akan dilaksanakan menerusi peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.65 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata tiga projek berkenaan iaitu pembinaan baharu sebuah blok dua tingkat dan tempat menunggu berbumbung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Kabong, naik taraf Dewan Terbuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong dan pembinaan baharu pagar sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkabang.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menghadiri sesi taklimat beberapa projek pembangunan yang dibiayai melalui BDDA melibatkan beberapa buah sekolah di kawasan DUN Kabong, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Beliau menyatakan harapan agar pelaksanaan projek-projek ini berjalan lancar dan akan memberi manfaat besar kepada komuniti pendidikan setempat, khususnya murid-murid dan guru-guru yang bakal menikmati kemudahan yang lebih selesa dan selamat.

“Saya akan terus memantau perkembangan pelaksanaan setiap projek ini agar dapat disiapkan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri sesi taklimat beberapa projek pembangunan yang dibiayai melalui BDDA melibatkan beberapa buah sekolah di kawasan DUN Kabong, hari ini.

Sesi taklimat tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi berkaitan seperti BDDA, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok, Pejabat Pendidikan Daerah Saratok serta pihak SJKC Chung Hua Kabong.

Chee Kadir berkata pelaksanaan projek ini selari dengan komitmen kerajaan Sarawak untuk meningkatkan infrastruktur pendidikan luar bandar dan memastikan kesamarataan kemudahan asas untuk semua rakyat tanpa mengira lokasi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hijrah peluang perbaiki diri – Dr Abdul Rahman
Next: Tiga sungai di Dudong siap dibersih sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.