Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek infrastruktur PNK Kabong pacu ekonomi nelayan tempatan
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek infrastruktur PNK Kabong pacu ekonomi nelayan tempatan

Utusan Sarawak 7 hours ago
Dato Mohd Chee Kadir semasa mengadakan sesi randau bersama pihak pengurusan PNK Kabong di Kompleks LKIM Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Beberapa projek infrastruktur yang dirancang di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi setempat, khususnya kepada komuniti nelayan di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, pelaksanaan projek-projek berkenaan bukan sahaja bertujuan menambah baik kemudahan sedia ada, malah berperanan penting dalam memperkukuh sumber pendapatan persatuan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan.

Dato Mohd Chee Kadir semasa mengadakan sesi randau bersama pihak pengurusan PNK Kabong di Kompleks LKIM Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

Menurut beliau, antara projek infrastruktur yang dirancang termasuk naik taraf Yellow Cafe PNK Kabong, pembinaan baharu Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong, naik taraf Stesen Minyak PNK Kabong serta pembinaan baharu Tembok Bund di Kompleks LKIM Kabong.

Katanya, projek naik taraf dan pembinaan kemudahan tersebut dijangka dapat meningkatkan keselesaan serta kecekapan operasi, sekali gus membuka peluang ekonomi baharu kepada nelayan dan penduduk setempat, khususnya dalam sektor pelancongan komuniti.

Pembangunan Anjung Selera dan Inap Desa misalnya mampu menarik kehadiran pengunjung luar, manakala naik taraf stesen minyak pula akan memudahkan urusan nelayan sebelum dan selepas turun ke laut,” katanya.

Dato Mohd Chee Kadir semasa mengadakan sesi randau bersama pihak pengurusan PNK Kabong di Kompleks LKIM Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sesi randau bersama pihak pengurusan PNK Kabong di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kabong, hari ini. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah isteri beliau, Datin Meryani Yassin.

Dalam pada itu, Chee Kadir turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM15,000 kepada PNK Kabong bagi menyokong penganjuran aktiviti tahunan persatuan tersebut serta memperkukuh pelaksanaan program berkaitan kebajikan nelayan.

Beliau berharap agar kerjasama berterusan antara pihak pengurusan PNK Kabong dan agensi berkaitan dapat memastikan semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar demi kesejahteraan masyarakat nelayan serta pembangunan menyeluruh kawasan Kabong.

Hadir sama Pengurus PNK Kabong, Sahariya Tahot serta beberapa Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PNK Kabong yang turut membentangkan cadangan dan keperluan semasa persatuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keperluan asas penduduk DUN Kalaka berbeza, lawatan tapak jadi fokus
Next: RM25.9 juta pacu pembangunan Pantai Tanjung Kembang Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.