
BETONG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek cadangan jalan Penyulok, Nanga Penebak dan Ulu Penebak di kawasan Ulu Layar, hari ini.
Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan projek menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 4.8 kilometer kepada jalan turapan konkrit berstandard Jabatan Kerja Raya (JKR) Modified R1, termasuk kerja-kerja cerun, pembinaan sistem perparitan dan pemasangan lampu jalan berkuasa solar.
Projek infrastruktur ini dijangka memberi impak besar kepada kesejahteraan penduduk di tiga rumah panjang iaitu Rumah Panjang Penyulok, Rumah Panjang Nanga Penebak dan Rumah Panjang Ulu Penebak.

Dengan kos keseluruhan sebanyak RM15.3 juta, projek ini dijadualkan siap sepenuhnya pada 2026.
Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Jurutera Bahagian Betong merangkap Pegawai Penguasa projek, Uggah menekankan kepentingan pematuhan terhadap jadual serta mutu kerja.
Beliau turut mengingatkan pihak kontraktor supaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti demi kepentingan rakyat.
Oleh Adi Safarman