Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek IAC Limbang dijangka siap sepenuhnya Jun 2026
  • Utara
  • WILAYAH

Projek IAC Limbang dijangka siap sepenuhnya Jun 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
SESI LAWATAN… Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan rombongan pada sesi lawatan di tapak projek IAC Limbang.

LIMBANG: Projek Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Limbang dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Jun 2026.

Setakat ini projek berkenaan telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 85.52 peratus.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki memberitahu, IAC Limbang bakal menjadi nadi yang lebih dinamik kepada pembangunan pentadbiran serta ekonomi di bahagian itu.

BERJALAN LANCAR… Bangunan IAC Limbang sedang dalam pelaksanaan.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja rasminya ke tapak projek berkenaan baru-baru ini bagi meninjau sendiri status semasa pelaksanaan projek strategik itu.

Lawatan ini merupakan manifestasi komitmen berterusan kepimpinan negeri dalam memastikan setiap projek pembangunan utama dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan serta memberi impak maksima kepada rakyat.


BERI TEGURAN… Mohamad Abu Bakar kelihatan memberi teguran agar beberapa bahagian struktur binaan diperkemaskan.  

Terdahulu beliau melakukan tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pandaruan diikuti lawatan ke tapak cadangan Projek Pembinaan Kuarters Kerajaan.

Turut serta Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal serta pegawai-pegawai kanan pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Oleh Adeng Edris

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peniaga Bazar Ramadan langgar syarat permit akan disenarai hitam
Next: Naik taraf Kolam Renang Bukit Lima tingkat keselamatan dan keselesaan pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.