Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Hospital Pengajar Unimas capai kemajuan 75.65 peratus
  • TEMPATAN

Projek Hospital Pengajar Unimas capai kemajuan 75.65 peratus

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEMAJUAN kerja fizikal projek Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima (PKP) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan telah mencapai 75.65 peratus setakat 25 Februari lepas.

KUALA LUMPUR: Kemajuan kerja fizikal projek Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima (PKP) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan telah mencapai 75.65 peratus setakat 25 Februari lepas.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Pasukan Projek Khas 2 itu menggunakan kaedah reka dan bina dengan kos kontrak semasa sekitar RM489.49 juta.

Beliau berkata projek berkenaan merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam memperkukuh kemudahan kesihatan serta menyokong pembangunan pendidikan perubatan di Sarawak. 

“Apabila siap kelak, hospital ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan akses perkhidmatan kesihatan serta pembangunan bakat perubatan tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

MENTERI Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima (PKP) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan telah mencapai 75.65 peratus setakat 25 Februari lepas. Foto Alexander Nanta Linggi

Nanta berkata kerajaan komited memastikan projek itu dapat disiapkan mengikut jadual supaya kemudahan berkenaan dapat memberi manfaat kepada rakyat serta menjadi pusat latihan perubatan yang berkualiti di Sarawak.

Terdahulu, beliau mengadakan tinjauan ke tapak projek berkenaan bagi melihat perkembangan komponen utama termasuk bangunan hospital utama, PKP, klinik pakar dan jabatan kecemasan serta kemudahan sokongan seperti parkir, kawasan landskap terapeutik dan infrastruktur sokongan. 

“Saya juga menekankan kepada semua pihak yang terlibat supaya terus memperkukuh koordinasi dan memastikan setiap isu pelaksanaan ditangani secara proaktif bagi memastikan kelancaran projek,” katanya.

-Bernama  

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pemuda, Wanita PBB Muara Tuang agih 700 pek bubur lambuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.