Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek gagal tanpa kesepakatan dalam pelaksanaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek gagal tanpa kesepakatan dalam pelaksanaan

Utusan Sarawak 4 months ago
DATUK Amar Douglas Uggah menyaksikan penyerahan replika cek Program Sejati Madani bagi Daerah Betong, hari ini.

BETONG: Program ekonomi kerajaan untuk rakyat akan menemui kegagalan sekiranya tiada kerjasama, semangat kekitaan dan komitmen yang erat daripada kalangan mereka dalam pelaksanaannya.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM2.75 juta tahun lepas kepada daerah itu untuk memperkasakan 28 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK).

Pembiayaan itu, katanya, adalah untuk mereka menyertai empat sektor yang bertujuan menjana dan meningkatkan pendapatan mereka.

Uggah menambah terdapat pihak yang lebih suka mengkritik atau mencemuh pemimpin yang ingin menjayakan aktiviti di bawah program tersebut.

“Sikap negatif sebegitu tidak seharusnya ada kerana aktiviti yang di wujudkan itu pada dasarnya adalah untuk membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian replika cek Program Sejati Madani bagi Daerah Betong di sini, hari ini.

Uggah menambah terdapat lima sektor aktiviti utama program tersebut iaitu sektor pertanian dan makanan, sektor jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti dan penghijauan dan kitar semula.

Bagi Daerah Betong terdapat 17 program untuk sektor pertanian dan makanan, 14 program untuk pelancongan dan hospitaliti dan satu untuk jahitan dan kraftangan.

Sementara itu bagi tahun lepas, Uggah berkata Sarawak telah diberi peruntukan RM100 juta di bawah program Sejati Madani.

Beliau berkata ini telah memberi manfaat kepada 1,024 JKKK untuk melaksanakan sejumlah 1,124 program.

Beliau turut menggesa semua JKKK yang mengambil bahagian supaya menggunakan dana mereka dengan sewajarnya untuk faedah mereka sendiri.

“Di Daerah Betong, kita akan memantau dengan teliti kemajuan dan kejayaan ladang hidroponik dan fertigasi, kolam ikan dan program pelancongan dan hospitaliti serta jahitan dan kraftangan,” katanya.

Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dalam ucapannya sebelum ini berkata program Sejati Madani adalah bukti hubungan erat antara kerajaan dan rakyat dalam pelaksanaan aktiviti ekonomi yang bertujuan membantu mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong, Pengarah Pejabat Kemajuan Negeri Jabatan Perdana Menteri Jasni Jubli, Residen Bahagian Betong Richard Abunawas dan Pegawai Daerah Betong Laga Kueh yang turut hadir.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 1,500 unit lampu solar dipasang di kawasan DUN Jepak
Next: Limpahan air hujan di celah tiang Lapangan Terbang Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.