Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Projek Bangunan Gunasama Persekutuan Kuching dahului jadual 134 hari, bukti kecekapan pelaksanaan
  • SEMASA

Projek Bangunan Gunasama Persekutuan Kuching dahului jadual 134 hari, bukti kecekapan pelaksanaan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Seri Dr. Ahmad Maslan bercakap pada Majlis lawatan kerja rasmi ke tapak Projek Pembinaan Kompleks BGP, Kuching.

KUCHING: Projek Pembinaan Kompleks Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di sini mencatat kemajuan positif apabila mendahului jadual pelaksanaan sebanyak 134 hari, sekali gus mencerminkan kecekapan pengurusan dan pelaksanaan projek kerajaan.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, status kemajuan fizikal projek kini mencapai 17.03 peratus, iaitu 5.59 peratus lebih awal daripada jadual asal.

“Projek ini setakat hari ini adalah 134 hari lebih awal daripada jadual dan kita berharap ia akan terus mendahului jadual supaya dapat disiapkan seawal mungkin.

“Projek bernilai RM140.79 juta itu dilaksanakan secara reka dan bina oleh Eastbourne Corporation Berhad dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sebagai agensi pelaksana melalui Pasukan Projek Khas 2,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak Projek Pembinaan Kompleks BGP di sini, hari ini.

Tambah beliau, projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) itu dijangka siap sepenuhnya pada 28 November 2028.

DATUK Seri Dr. Ahmad Maslan hadir lawatan kerja rasmi ke tapak Projek Pembinaan Kompleks BGP, Kuching.

“Apabila siap, kompleks itu bakal menempatkan 25 agensi dan jabatan Persekutuan yang kini beroperasi secara berasingan di pelbagai premis sekitar Kuching.

“Dengan adanya bangunan gunasama ini, semua agensi dapat dikumpulkan di bawah satu bumbung dan rakyat boleh mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi,” jelasnya.

Beliau menekankan projek ini turut menggunakan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) sekurang-kurangnya 70 peratus serta Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) sehingga tahap LOD 400 tanpa pertambahan kos.

“Walaupun BIM tidak disyaratkan pada awal projek, pihak kontraktor telah mengambil inisiatif menggunakannya kerana ia dapat mengurangkan kos keseluruhan serta mengelakkan kesilapan dan pertindihan dalam reka bentuk.

“Penggunaan komponen seperti Konkrit Berudara Autoklaf (AAC), precast beam dan precast slab turut meningkatkan kecekapan serta kualiti pembinaan.

“Selain itu, pemantauan rapi oleh Pasukan Projek Khas 2 JKR Malaysia yang bertindak sebagai Pegawai Penyelia (SO) dan Ketua Pasukan Projek (HOPT) diyakini dapat memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan tempoh masa yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan Jabatan Kerja Raya melalui Cawangan Kerja Pendidikan sedang melaksanakan 1,492 projek pendidikan di seluruh negara bernilai RM37.98 bilion, termasuk 77 projek di Sarawak bernilai RM4.13 bilion.

Daripada 77 projek pendidikan di Sarawak, 25 projek adalah prapembinaan, 23 projek sedang dibina dan 28 projek telah siap tetapi masih dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP).

Projek BGP yang dibangunkan di atas tapak seluas 4.05 hektar itu merangkumi pejabat utama, lobi, bilik mesyuarat, ruang temuduga, taska, tabika, ruang komersial, surau berkapasiti 100 jemaah, dewan serbaguna berkapasiti 750 orang, pondok pengawal, rumah sampah, pencawang elektrik serta infrastruktur jalan, tempat letak kereta dan laluan pejalan kaki berbumbung.

Beliau menegaskan projek itu adalah contoh pelaksanaan projek kerajaan secara cekap dan tersusun, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Permintaan perjalanan udara global naik berganda menjelang 2050 – IATA
Next: Prestasi Projek KKR: Satu pertiga lebih awal, 4.1 peratus sahaja projek sakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.