Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek asrama baharu SK Saint John diperkemas, utamakan keselesaan murid
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek asrama baharu SK Saint John diperkemas, utamakan keselesaan murid

Utusan Sarawak 12 hours ago
SATU sesi perbincangan berkaitan skop kerja dan pelan lukisan bagi projek pembinaan bangunan baharu asrama SK Saint John, Nanga Tiga, Ulu Layar, telah diadakan semalam. Foto: Pusat Khidmat DUN Bukit Saban

BETONG: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong serta Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.37 Bukit Saban telah mengadakan satu sesi perbincangan berkaitan skop kerja dan pelan lukisan bagi projek pembinaan bangunan baharu asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Saint John, Nanga Tiga, Ulu Layar.

Menurut kenyataan Pusat Khidmat DUN Bukit Saban, sesi perbincangan tersebut diadakan bagi memastikan perancangan projek dilaksanakan secara menyeluruh, teratur dan menepati keperluan sebenar pihak sekolah serta murid.

Perbincangan itu turut melibatkan pihak pengurusan SK Saint John, Nanga Tiga bagi mendapatkan pandangan dan input secara langsung berhubung keperluan kemudahan asrama, aspek keselamatan, keselesaan murid serta kelancaran operasi harian sekolah.

Langkah ini, menurut kenyataan itu lagi, penting bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat bukan sahaja memenuhi spesifikasi teknikal, malah selaras dengan keperluan pendidikan dan kebajikan murid di kawasan pedalaman.

Projek pembinaan bangunan baharu asrama tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak melalui BDDA sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh kemudahan pendidikan luar bandar.

Dalam pada itu, JKR Bahagian Betong akan bertindak sebagai agensi pelaksana bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut garis masa, spesifikasi serta standard yang telah ditetapkan, sekali gus menjamin kualiti pembinaan dan keselamatan pengguna.

Pembinaan asrama baharu ini dijangka memberi manfaat besar kepada murid SK Saint John, Nanga Tiga, khususnya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selamat dan selesa, sejajar dengan aspirasi pembangunan pendidikan yang inklusif dan seimbang di peringkat nasional.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Anak ular sawa masuk kedai serbaneka di Pasar Spaoh
Next: Bekalan air di Taman Kedamaian Jalan Astana pulih secara berperingkat  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.