Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek ALAF Fasa 5 bakal salur bekalan elektrik ke Rumah Linan
  • Utara
  • WILAYAH

Projek ALAF Fasa 5 bakal salur bekalan elektrik ke Rumah Linan

Utusan Sarawak 5 hours ago
MOHON RESTU… Penghulu Epat mengetuai upacara Miri sambil diperhatikan oleh Datuk Rosey Yunus pada Majlis Ngiling Bidai di Rumah Linan, Saeh hari ini.

BEKENU: Kerajaan terus komited memastikan penduduk di kawasan luar bandar menikmati kemudahan bekalan elektrik yang lebih sempurna melalui pelaksanaan Projek Alternatif Luar Bandar (ALAF) Fasa 5.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata, Rumah Panjang Tuai Rumah Linan, Saeh telah disenaraikan di bawah Projek ALAF Fasa 5 bagi Bahagian Miri.

“Bagaimanapun, pelaksanaan projek itu masih menunggu kelulusan peruntukan daripada ibu pejabat Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Skop projek di Rumah Linan adalah agak besar kerana melibatkan pemasangan transformer sebelum kerja pemasangan talian bekalan elektrik dapat dilaksanakan,” katanya.

Rosey, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berkata demikian pada Majlis Ngiling Bidai di Rumah Linan, Saeh, hari ini.

Tambahnya, projek berkenaan dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

“Kelulusan akhir projek tertakluk kepada penilaian teknikal yang akan dibuat semasa kerja-kerja tinjauan di lapangan.

“Pada masa ini, SEB masih menunggu laporan tinjauan daripada pihak perunding sebelum skop kerja dimuktamadkan dan diluluskan oleh ibu pejabat,” jelasnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan projek berkenaan agar usaha menyalurkan bekalan elektrik kepada penduduk Rumah Panjang Linan dapat direalisasikan secepat mungkin demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Hadir sama ialah Penghulu Epat Bakar, Penghulu Pui Kuan Phen dan tuai-tuai rumah sekitar Zon Saeh.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JCI Sarikei perluas jaringan kerjasama di Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan 2026
Next: Hari Sukan Antara Persekutuan Lelaki Gereja eratkan silaturahim, semai semangat perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.