Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek AgriHub Lubok Punggor: 119 penerima terima pampasan RM6.5 juta
  • TEMPATAN

Projek AgriHub Lubok Punggor: 119 penerima terima pampasan RM6.5 juta

Utusan Sarawak 1 day ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan penyerahan cek pampasan sempena Majlis Berbuka Puasa Daerah Gedong yang berlangsung di Masjid Al-Khawtar, Petra Jaya, malam ini. Foto UKAS

GEDONG: Seramai 119 penerima menerima cek pampasan berjumlah RM6.5 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan AgriHub Lubok Punggor yang dijangka memperkukuh sektor pertanian moden di kawasan Gedong.

Penyerahan cek pampasan berkenaan telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena Majlis Berbuka Puasa Daerah Gedong yang berlangsung di Masjid Al-Khawtar, di sini, malam ini.

Penyampaian pampasan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar di samping menjaga kebajikan pemilik tanah yang terlibat dengan pembangunan AgriHub tersebut.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan penyerahan cek pampasan sempena Majlis Berbuka Puasa Daerah Gedong yang berlangsung di Masjid Al-Khawtar, Petra Jaya, malam ini. Foto UKAS

Projek pembangunan AgriHub Lubok Punggor melibatkan pembinaan tapak gudang dan bengkel jentera, kolam takungan air serta kerja membina dan menaik taraf sistem pengairan dan saliran di kawasan berkenaan.

Dalam majlis sama, golongan asnaf turut menerima sumbangan apabila seramai 10 penerima yang mewakili kira-kira 300 penerima lain menerima bantuan berjumlah RM10,000 daripada Pejabat Premier Sarawak, RM50,000 daripada Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LCDA) serta RM30,000 daripada Bank Rakyat.

Selain itu, sebanyak RM61,000 turut disalurkan kepada 26 penerima cek di bawah peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang melibatkan wakil masjid dan surau di kawasan berkenaan bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Pada majlis tersebut, Premier Sarawak turut menunaikan solat fardu Maghrib serta berbuka puasa bersama masyarakat setempat dalam suasana penuh ukhuwah sempena bulan Ramadan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo dan tetamu kehormat lain.

–UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembinaan parkir baharu Masjid Maludam tingkatkan keselesaan jemaah
Next: Eksklusif: Ramadan di perantauan cipta kenangan manis pelajar luar Sarawak di Unimas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.