Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Projek Adahi Arab Saudi proses lebih 287,067 ternakan korban Aidiladha
  • SEMASA

Projek Adahi Arab Saudi proses lebih 287,067 ternakan korban Aidiladha

Utusan Sarawak 7 hours ago

MAKKAH: Projek Penggunaan Hady dan Adahi (Projek Adahi) Arab Saudi berjaya melaksanakan ibadah korban membabitkan 287,067 ternakan yang disembelih pada hari pertama Aidiladha.

Jumlah ini mewakili purata 379 ternakan korban setiap minit, atau kira-kira 23,000 sejam, membuktikan skala dan kecekapan operasi yang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan, menurut inisiatif nasional itu dalam kenyataan.

Penyelia Am Projek Adahi, Saad Al-Wabel berkata pemantauan dan pengawasan dijalankan secara berterusan di semua kemudahan penyembelihan dan pusat jualan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan pematuhan terhadap garis panduan agama sepanjang operasi.

Beliau berkata bahawa proses penyembelihan dan pengagihan akan diteruskan sepanjang Hari Tasyriq, dengan penghantaran daging dijadualkan di dalam Arab Saudi dan ke luar negara.

“Fokus kami adalah memastikan penghantaran yang selamat, bersih dan tepat pada masanya kepada semua penerima yang layak, dengan tahap kualiti dan kecekapan tertinggi dalam melaksanakan ibadah ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 19,931 telah diagihkan kepada penerima yang layak, selaras dengan peraturan kesihatan dan objektif kemanusiaan projek itu.

Projek itu turut melaporkan bahawa sebanyak 811,486 ekor ternakan dijual musim ini, mencerminkan permintaan yang tinggi dan kesiapsiagaan logistik yang kukuh.

Ditubuhkan pada 1983, Projek Adahi diawasi oleh Suruhanjaya Diraja bagi Kota Makkah dan Tanah Suci dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam.

Ia memudahkan ibadah korban bagi pihak jemaah haji dan penderma, memastikan pengendalian yang betul dan pengagihan daging yang meluas ke lebih 27 negara.

Projek itu dianggap sebagai komponen utama operasi Haji Arab Saudi, dengan kemudahan moden yang mampu mengendalikan sehingga 1.5 juta ekor kambing biri-biri dan 10,000 ekor unta atau lembu setiap tahun. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penerbangan 50 minit jadi 4 jam, Anthony Loke puji profesionalisme kru AirAsia
Next: Sebab harga daging di Sarawak tinggi – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.