Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program Yayasan Sarawak raih sokongan padu ibu bapa dan komuniti Lawas
  • PENDIDIKAN

Program Yayasan Sarawak raih sokongan padu ibu bapa dan komuniti Lawas

Utusan Sarawak 2 days ago
SIMBOLIK PERASMIAN…Henry Sum membuka poster yang memaparkan gambar Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai simbolik perasmian Ekso Pendidikan Daerah Lawas.

LAWAS: Yayasan Sarawak menjadi nadi dalam mengembangkan bakat dan potensi modal insan yang cemerlang untuk menjamin masa depan lebih baik kepada Sarawak.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong memberitahu bahawa banyak bantuan disalurkan menerusi Yayasan Sarawak bagi membolehkan anak-anak Sarawak mengembangkan bakat dan potensi mereka dalam bidang teknikal dan ilmu pengetahuan.

“Dunia hari ini semakin pantas berubah dengan kemajuan teknologi maklumat yang perlu segera diadaptasi oleh golongan belia di Sarawak.

“Kita tidak boleh leka dengan masalah dadah, buli dan samseng di sekolah atau mana-mana institusi pendidikan kerana ini akan menyebabkan kita akan ketinggalan,” katanya pada perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Lawas dengan kerjasama Yayasan Sarawak di Dewan Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Lawas hari ini.

PENJELASAN RINGKAS…Hajijah kelihatan memberi penerangan beberapa program dibawah Yayasan Sarawak untuk menjulang modal insan anak-anak Sarawak.

Dato Henry Sum Agong turut memuji Yayasan Sarawak sebagai peneraju utama dalam menyokong masa depan anak-anak Sarawak bagi mencorakkan masa depan yang selari dengan peredaran zaman.

Oleh itu, beliau menggesa ibu bapa serta seluruh penduduk di Parlimen Lawas untuk memberikan sokongan penuh terhadap program-program yang dilaksanakan oleh Yayasan Sarawak serta berusaha meningkatkan kesedaran tentang pelbagai inisiatif yang disediakan bagi manfaat pelajar Sarawak.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembiayaan Pendidikan dan Pembayaran Balik Yayasan Sarawak Hajijah Morshidi, Pegawai Pendidikan Daerah Lawas Pengiran Abdul Kadir Pengiran Budin dan pegawai-pegawai kanan Pejabat Pendidikan Daerah Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Limbang gesa sekolah baharu dan Kolej Tingkatan Enam
Next: Ekspo Pendidikan perkukuh aspirasi pendidikan anak Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.