Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Program Wanita Perkasa anjuran Attiya Spa galak wanita jana pendapatan sendiri
  • BISNES

Program Wanita Perkasa anjuran Attiya Spa galak wanita jana pendapatan sendiri

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UNTUK ALBUM…Fatimah (empat dari kiri) merakam kenangan bersama Dr May Then Su Hui (empat kanan) dan yang lain pada majlis pelancaran Program Wanita Perkasa di sini hari ini. Foto: Tarani Lanting

SIBU: Program Wanita Perkasa anjuran Attiya Spa bukan sekadar inisiatif pemerkasaan wanita, malah mencerminkan komitmen sektor swasta dalam menyokong pembangunan sosial yang inklusif dan mampan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pendekatan menyeluruh yang diterapkan dalam program itu selari dengan usaha kerajaan memperkasa wanita, khususnya golongan ibu tunggal dan B40 agar dapat menjana pendapatan sendiri serta hidup bermaruah.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengasas Attiya Spa, Dr May Then Su Hui kerana bukan sahaja berjaya membuka cawangan ketiga Attiya Spa di Sibu, malah turut memperkenalkan Program Wanita Perkasa yang memberi manfaat besar kepada komuniti,” katanya ketika merasmikan pelancaran program tersebut di Hann’s Residence di sini, hari ini.

UNTUK ALBUM…Fatimah (empat dari kiri) merakam kenangan bersama Dr May Then Su Hui (empat kanan) dan yang lain pada majlis pelancaran Program Wanita Perkasa di sini hari ini. Foto: Tarani Lanting

Fatimah berkata, pendekatan proaktif seperti yang dilaksanakan Attiya Spa harus dipuji kerana meletakkan tanggungjawab sosial sebagai teras utama perniagaan bukannya sekadar mengejar keuntungan semata-mata.

Menurut beliau, antara keunikan program tersebut adalah penyediaan latihan kemahiran secara percuma, pemberian elaun kepada peserta, kemudahan penginapan serta modul pembangunan kendiri merangkumi aspek motivasi dan persediaan memasuki alam pekerjaan.

“Ini satu usaha luar biasa dan amat diperlukan dalam situasi ekonomi semasa. Malah, beberapa peserta daripada program sebelum ini telah berjaya mendapat pekerjaan tetap dan mampu menyara keluarga,” katanya.

Tambahnya, inisiatif seperti ini mampu mengubah landskap kehidupan wanita yang sebelum ini berdepan kekangan ekonomi sekali gus membuktikan bahawa pemerkasaan bukan sekadar slogan tetapi satu realiti apabila diberi peluang dan sokongan yang betul.

Beliau turut menyifatkan Attiya Spa sebagai contoh terbaik kepimpinan berasaskan nilai kemanusiaan yang wajar dicontohi.

“Kebanyakan perniagaan hanya menumpukan kepada keuntungan. Namun Attiya membuktikan bahawa kejayaan perniagaan boleh digabungkan dengan usaha memperkasakan komuniti. Ini adalah model pembangunan masyarakat yang sebenar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Bintulu dan Miri turut dipertimbangkan sebagai lokasi baharu pembukaan cawangan Attiya Spa, selaras dengan pendekatan ‘Utamakan Sarawak’ yang mengutamakan kebajikan rakyat negeri ini.

Fatimah berkata, pencapaian Attiya Spa yang kini beroperasi di Kuching, Kota Kinabalu dan Sibu menerima penarafan lima bintang, jelas mencerminkan komitmen syarikat terhadap standard perkhidmatan bertaraf antarabangsa.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengasas Attiya Spa, Dr. May Then Su Hui; Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Salmah Jobeli; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Debbie Jenggut Nyelang; serta rakan strategik Attiya Spa Sibu, Wren Siaw Shi Kai. Oleh Tarani Lanting

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Seminar ‘Jalan Kekayaan Melalui Pisang’ tarik lebih 100 peserta di Kuching
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang mesyuarat dasar BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.