
SIBU: Program vaksinasi anti rabies akan diadakan kawasan tempat letak kereta Universiti Teknologi Sarawak (UTS) bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada 25 Oktober ini.
Program tersebut merupakan anjuran bersama oleh Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina (PKKMC) Bahagian Sibu, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sibu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pelawan.
Inisiatif ini bertujuan untuk membendung penularan wabak rabies di bahagian Sibu dan sekitarnya, selain meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan vaksinasi haiwan peliharaan, khususnya anjing.
Penduduk setempat yang memiliki anjing digalakkan hadir membawa haiwan peliharaan masing-masing bagi mendapatkan suntikan vaksin rabies secara percuma.
Program ini turut menjadi sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri untuk memastikan Sarawak bebas rabies melalui kempen vaksinasi yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti tempatan.
Oleh Akun Giman