
KOTA SAMARAHAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan melaksanakan program Mass Vaksinasi Antirabies, Perlesenan dan Mikrocip serta Pendidikan Kesihatan Penyakit Rabies di Dewan Perpaduan Stakan, Taman Samarindah pada 9 Ogos 2025.
Program ini berlangsung dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan terbuka kepada pemilik anjing di daerah Samarahan. Vaksinasi yang ditawarkan adalah secara percuma dan hanya untuk anjing sahaja.
Pemilik anjing diingatkan supaya memastikan anjing mereka berumur tiga bulan ke atas, tidak bunting dan dalam keadaan sihat. Anjing juga hendaklah dibawa dalam keadaan terkawal dan tidak berkeliaran. Pemilik diminta membawa kad pengenalan diri serta Kad Vaksinasi Antirabies sekiranya ada.
Sebagai peringatan, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 40 VPHO 1999 dan pemilik boleh didenda tidak melebihi RM2,500 sekiranya anjing mereka ditangkap tanpa bukti pemvaksinan antirabies.
Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Samarahan di talian 082-671 221.
Oleh Norman B.