Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Transformasi Usahawan MARA 2025 perkasa komuniti Kampung Endap
  • Selatan
  • WILAYAH

Program Transformasi Usahawan MARA 2025 perkasa komuniti Kampung Endap

Utusan Sarawak 1 week ago
 AMANAT…Datuk Rubiah Wang ketika berucap pada Program Transformasi Usahawan MARA 2025 yang berlangsung di Dewan Sri Payung, Kampung Endap, Samarahan petang tadi. 

KOTA SAMARAHAN: Program Transformasi Usahawan MARA 2025 yang berlangsung di Dewan Sri Payung, Kampung Endap, di sini petang tadi telah memberi nafas baharu dalam usaha memperkasa usahawan bumiputera di kawasan berkenaan.

Kampung Endap sebelum ini dipilih sebagai Kampung Santuni MADANI, sekali gus menjadi lokasi tumpuan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan komuniti melibatkan agensi-agensi berkaitan pada masa akan datang.

PARA peserta program ketika Program Transformasi Usahawan MARA 2025

Program berkenaan bukan sahaja menekankan aspek bimbingan, latihan, skim pembiayaan dan digitalisasi perniagaan, malah turut membuka peluang jaringan serta kerjasama strategik untuk manfaat masyarakat setempat.

Dalam pada itu, penduduk kampung berpeluang menyertai tiga kursus jangka pendek iaitu Kursus Gunting Rambut Lelaki, Kursus Asas Pembuatan Jelly 3D dan Kursus Sulaman Riben.

Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sarawak bersama semua pihak yang terlibat turut menerima penghargaan atas kejayaan menganjurkan program tersebut yang diyakini dapat melahirkan usahawan berdaya tahan, inovatif serta mampu bersaing di pasaran lebih luas.

Oleh Norman B

TIGA kursus jangka pendek iaitu Kursus Gunting Rambut Lelaki, Kursus Asas Pembuatan Jelly 3D dan Kursus Sulaman Riben

Continue Reading

Previous: Dialog RMK13 di Miri satukan komuniti untuk pembangunan lebih berkesan
Next: Kehilangan warga emas, Rumai Jantin masih jadi tanya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.