Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program TBC perkukuh kebersamaan pemimpin dan penjawat awam di Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Program TBC perkukuh kebersamaan pemimpin dan penjawat awam di Meradong

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing menyerahkan limau mandarin kepada kakitangan jabatan kerajaan, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Semangat kebersamaan dan keharmonian terus diperkasa apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing mengetuai rombongan menyantuni kakitangan jabatan kerajaan sekitar Meradong sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Program tahunan tersebut melibatkan pengagihan kalendar, kad ucapan TBC dan limau mandarin ke beberapa agensi dan jabatan kerajaan sebagai tanda penghargaan dan ingatan sempena kedatangan tahun baharu.

Kehadiran beliau bersama rombongan telah disambut mesra oleh pihak pengurusan dan kakitangan jabatan yang dilawati. 

Pemberian limau mandarin yang menjadi simbol kemakmuran, kesejahteraan dan tuah dalam masyarakat Cina diharap dapat membawa keberkatan serta kebahagiaan kepada semua penerima sempena tahun baharu.

Selain itu, Koung Hiing turut meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan jabatan, bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dan keperluan perkhidmatan kepada masyarakat setempat. 

Kesempatan tersebut juga digunakan bagi merakamkan penghargaan kepada penjawat awam atas dedikasi dan komitmen mereka dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab demi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Beliau menekankan kepentingan semangat perpaduan, kerjasama dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini, selaras dengan aspirasi untuk terus memperkukuhkan kesejahteraan rakyat serta pembangunan kawasan Meradong secara menyeluruh.

“Program seumpama ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan pemimpin terhadap rakyat dan penjawat awam, malah turut memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pemimpin, jabatan kerajaan dan komuniti setempat.

“Ia juga selaras dengan usaha berterusan dalam memupuk semangat perpaduan, toleransi serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di kawasan Meradong,” katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.

Beliau turut berharap agar sambutan TBC pada tahun ini membawa sinar baharu, kejayaan dan kemakmuran kepada seluruh masyarakat.

Turut hadir Bendahari SUPP Cawangan Bintangor, Lee Ngin Soon; Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor, Konselar Chieng Ming Kiong; Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Ley Chee Hua dan Kapitan Johnny Wong Leh Hee.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tahun Baharu Cina wadah kongsi kegembiraan
Next: Friday Belik sanjung jasa KMKK Roban sebagai nadi pembangunan akar umbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.