Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program ‘Startup’ Sarawak bentuk usahawan muda berdaya saing
  • Utara
  • WILAYAH

Program ‘Startup’ Sarawak bentuk usahawan muda berdaya saing

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Dr Ripin Lamat berucap semasa majlis perasmian Youth Marketplace sempena Minggu Belia Sarawak di Padang Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan terus memperkukuh ekosistem keusahawanan belia menerusi penganjuran program Sarawak Youth Startup Cohort 2 yang bakal diadakan di Miri bagi Zon Utara.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, program intensif selama lapan hari itu memberi pendedahan menyeluruh kepada golongan belia berumur antara 18 hingga 40 tahun untuk membina asas kukuh dalam bidang keusahawanan.

Menurut beliau, kejayaan seseorang usahawan bukan hanya bergantung kepada modal kewangan, sebaliknya berpaksikan modal ilmu yang menjadi asas penting dalam memahami analisis pasaran, keuntungan serta risiko perniagaan.

“Jadi kita amat menggalakkan para belia supaya mengikuti kursus ini dan menjadikannya sebagai satu platform untuk mendapatkan pelbagai modal.

“Kursus sebegini merupakan modal ilmu dalam usaha untuk menjadi usahawan berjaya.

“Dengan ilmu, kita menguasai segalanya termasuk menentukan jenis perniagaan, analisis pasaran, keuntungan, risiko dan potensi pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Youth Marketplace sempena Minggu Belia Sarawak di Padang Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Dr Ripin berkata, penganjuran program itu adalah kesinambungan daripada kejayaan Zon Selatan di Kuching tahun lalu, dan akan diteruskan ke Zon Tengah, sama ada di Sibu atau Mukah pada masa akan datang.

Katanya, pembangunan usahawan belia merupakan agenda utama kementerian di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yang bukan sahaja menumpukan kepada aktiviti belia dan sukan tetapi turut memberi fokus kepada lonjakan ekonomi belia Sarawak.

Ujar beliau, ilmu dan kemahiran menjadi asas utama untuk melahirkan usahawan muda yang berdaya saing dan mampu menjana pendapatan serta membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Sentuhan moden warnai Medan Selera Sarikei dan Pasar Sungai Rejang
Next: Komitmen kerajaan perkukuh pembangunan luar bandar demi kesejahteraan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.