Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program Semarak Bulan Kebangsaan UTS-MKN pupuk semangat patriotisme
  • TEMPATAN

Program Semarak Bulan Kebangsaan UTS-MKN pupuk semangat patriotisme

Utusan Sarawak 1 day ago
SEMARAK BULAN KEBANGSAAN….Wazi Seman (tiga kanan) merasmikan Program Semarak Bulan Kebangsaan di Dewan Canselor Tun Taib Mahmud, UTS, hari ini. Turut kelihatan ialah Zaini Morshidi (kiri sekali), Lucas Lau (dua kiri), Lu Yew King (dua kanan) dan Sean Wong (kanan sekali).

SIBU: Program Semarak Bulan Kebangsaan anjuran bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air serta memperingati perjuangan kemerdekaan negara.

Selain itu, program ini juga bertujuan menyemai sikap hormat, ihsan dan tanggungjawab dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda, bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional.

Penolong Pengarah Kanan MKN Sarawak, Wazi Seman berkata, inisiatif ini juga dilaksanakan bagi menyemarakkan usaha bersama dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

“Selaras dengan tema bulan kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, marilah kita bersama, menghayati nilai hormat dan ihsan yang merupakan antara nilai teras Malaysia Madani. 

“Nilai hormat dan ihsan ini adalah merupakan tunjang kepada keamanan dan kemajuan sepanjang 62 tahun Malaysia ditubuhkan,” ujarnya semasa berucap merasmikan Program Semarak Bulan Kebangsaan di Dewan Canselor Tun Taib Mahmud, UTS, hari ini.

Beliau berkata, sikap hormat dan ihsan yang menjadi amalan masyarakat di negara ini telah membolehkan masyarakat pelbagai kaum dan agama di dalam negara ini boleh hidup di dalam keadaan yang aman dan tenteram.

“Keamanan yang sedang kita nikmati ini telah membantu membangunkan Malaysia seperti yang kita nikmati sekarang.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita semua rakyat Malaysia terus mengamalkan sikap hormat dan ihsan di dalam kehidupan kita bagi memastikan negara kita terus aman dan maju,” katanya.

Berucap pada majlis itu, Pemangku Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Wilayah Sarawak, Lucas Lau berkata, MTPN telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada 20 Mei lalu.

Menurutnya, kerjasama tersebut merupakan langkah strategik dalam melaksanakan tanggungjawab sosial termasuk penganjuran program seperti yang diadakan hari ini.

“Usaha gigih penganjuran program ini jelas membuktikan semangat kerjasama antara institusi kerajaan, bukan Kerajaan. Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk memupuk semangat cintakan negara dalam diri kita semua,” ujar beliau.

Turut hadir wakil Naib Canselor UTS, Lu Yew King, Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi, Ahli MPTN Sibu, Kaunselor Sean Wong serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Media perlu berhati-hati dalam penerbitan berita – Abdullah Saidol
Next: Sarawak tegas haram vape, penguatkuasaan dalam masa terdekat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.