Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program ‘Segulai Sejalai’ dianggap berkesan, patut diperluas ke daerah lain
  • Tengah
  • WILAYAH

Program ‘Segulai Sejalai’ dianggap berkesan, patut diperluas ke daerah lain

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Mong Dagang hadir pada Program Bersama Komuniti Segulai Sejalai Ngenatika Pantu yang berlangsung di Rumah Maureen, Kara Atas semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan.

PANTU: Program Bersama Komuniti Segulai Sejalai Ngenatika Pantu yang berlangsung di Rumah Maureen, Kara Atas semalam disifatkan sebagai satu inisiatif bermanfaat yang wajar diperluaskan ke kawasan lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata setiap Ketua Kaum yang hadir pada program tersebut diwajibkan membawa setiausaha masing-masing bagi memastikan maklumat penting dapat disampaikan dengan tepat kepada komuniti.

Tambah beliau, program sebegini amat berkait rapat dengan isu-isu membabitkan tanah, pertanian dan kebajikan yang sering menjadi persoalan rakyat di peringkat akar umbi.

“Banyak isu berkaitan seperti bantuan kebajikan terutama pembayaran elaun bulanan yang berkurangan daripada RM500 kepada RM200.

“Apabila rakyat bertanya, wakil rakyat sukar memberi penjelasan kerana mereka sendiri tidak pernah diberikan taklimat menyeluruh. Melalui program seperti ini, maklumat jelas dapat disalurkan terus kepada rakyat,” ujarnya.

Menyentuh bidang pertanian, Mong berkata trend penanaman lada semakin berkurangan kerana ramai penduduk beralih kepada kelapa sawit yang menawarkan pulangan lebih lumayan. Bagaimanapun, isu tanah menyebabkan terdapat permohonan penanaman sawit dibatalkan walaupun sebelum itu diluluskan.

“Bagi penanam baharu, peruntukan baja diberikan, manakala pekebun lama menggunakan modal sendiri. Di beberapa negara, bantuan baja disalurkan berdasarkan tahap pengeluaran. Jika pengeluaran tinggi, bantuan bertambah. Jika tiada pengeluaran, maka tiadalah bantuan,” jelasnya.

Dalam aspek tanah pula, Mong menekankan bahawa pampasan akan dibayar kerajaan sekiranya tanah diambil untuk tujuan pembangunan. Namun, banyak kes masih tertangguh di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 6 kerana berlaku pertikaian sesama ahli keluarga.

“Kes seperti ini tidak berkaitan dengan kerajaan, sebaliknya berpunca daripada perebutan sesama adik-beradik dan saudara mara. Justeru, penyelesaian perlu dicapai secara bijaksana,” katanya.

Selain itu, Mong turut menekankan kepentingan pembersihan sungai bagi melancarkan aliran air terutama untuk pertanian padi.

Walaupun langkah tersebut baik, beliau mengakui ia memberi kesan sampingan kerana habitat ikan berkurangan akibat ketiadaan kayu, akar dan tumbuhan dalam sungai.

Beliau berharap taklimat yang disampaikan dalam program ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Ketua Kaum dan para peserta demi kemajuan kampung serta kesejahteraan rakyat.

Pada majlis itu juga, Mong mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM7,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Maureen.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SK Lempa miliki dewan serbaguna baharu
Next: Program Santunan Desa KEMAS perkasa komuniti luar bandar di Puncak Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.