Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Sayangi Anak-Anak Kita didik bahaya dadah dan jenayah siber
  • Utara
  • WILAYAH

Program Sayangi Anak-Anak Kita didik bahaya dadah dan jenayah siber

Utusan Sarawak 20 hours ago
LINDUNGI KANAK-KANAK…(depan, dari tiga kiri) Adinin Adol, Alister Langi Potin dan tetamu lain bergambar bersama warga SMK Medamit.

LIMBANG: Program Sayangi Anak-Anak Kita anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi platform tepat dalam memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai risiko bahaya dadah dan jenayah seksual dalam talian.

Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Limbang, Adinin Adol, berkata program yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit, baru-baru ini turut bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan positif dalam kalangan golongan sasar.

Menurut beliau, JKM berperanan sebagai agensi utama yang memastikan kebajikan serta keselamatan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

“Ia melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan mengikut takrifan Akta Kanak-Kanak 2001.

“JKM turut menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak daripada bahaya seperti penderaan, penyeksaan dan eksploitasi,” katanya.

Adinin, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rangau, berkata penekanan turut diberikan kepada perkembangan fizikal, emosi, sosial dan mental kanak-kanak bagi melahirkan generasi dan pemimpin masa depan yang berwawasan.

Tambah beliau, JKM mempunyai Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) yang sentiasa bersedia menyelaras perkhidmatan kepada keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan serta pemulihan, termasuk mereka yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan.

“Kita juga mempunyai Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) yang ditubuhkan pada 19 Disember 2011 oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu.

“MPKK berperanan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyuarakan idea dan pendapat serta mengiktiraf potensi mereka untuk melangkah lebih jauh,” ujarnya.

Selain itu, MPKK juga berfungsi membincangkan serta mengutarakan isu-isu yang dihadapi pelajar, selain membantu membentuk sistem pengurusan yang cekap dalam kalangan pelajar dan membangunkan program advokasi berkaitan hak kanak-kanak.

Turut hadir wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang, Alister Langi Potin.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM64,000 peruntukan MRP disalurkan kepada sembilan pertubuhan di DUN Mulu
Next: Taman Phoenix park to be upgraded under Projek Rakyat, MPP committed to residents’ welfare

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.