Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Santuni Komuniti Belaga pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir
  • Utara
  • WILAYAH

Program Santuni Komuniti Belaga pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir

Utusan Sarawak 4 hours ago
 TEMENGGONG Ajang Sirek berucap semasa majlis perasmian POSKOM Belaga 2025 di Dewan Masyarakat Belaga

BELAGA: Program Jangkauan: Santuni Komuniti (POSKOM) menjadi platform penting bagi memastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir daripada menerima maklumat, perkhidmatan awam serta peluang pembangunan sosial dan pendidikan.

Program anjuran bersama pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan itu turut menumpukan kepada usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi serta memperkasakan komuniti setempat melalui pendekatan turun padang.

Temenggong Ajang Sirek, berkata inisiatif seumpama itu bukan sekadar menyalurkan bantuan, tetapi juga menzahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian sosial antara masyarakat bandar dan luar bandar.

 ANTARA perkhidmatan yang disediakan kepada penduduk sempena majlis perasmian POSKOM Belaga 2025 di Dewan Masyarakat Belaga.

“Santuni Komuniti membawa maksud yang mendalam di mana ia menggesa kita hadir bukan hanya dengan tangan yang memberi, tetapi juga dengan hati yang memahami.

“Melalui pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma, bengkel pendidikan, sesi motivasi, aktiviti kanak-kanak dan gotong-royong komuniti, kita berharap dapat menyentuh hati setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian POSKOM Belaga 2025 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Belaga di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha berterusan seumpama itu bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman, malah menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat bandar dan luar bandar melalui interaksi positif serta sokongan berterusan terhadap agenda pembangunan negeri.

“Kita percaya, apabila kita saling menyantuni, kita sedang membina asas kepada sebuah masyarakat yang lebih inklusif, harmoni dan sejahtera.

“Marilah kita jadikan hari ini sebagai titik permulaan kepada lebih banyak usaha murni.

“Semoga program ini bukan sahaja memberi manfaat jangka pendek tetapi juga menyemai benih perubahan yang berpanjangan dari segi kesedaran, pendidikan, kesihatan, dan perpaduan,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Fiesta seni penjara cerminan komitmen lahirkan pemulih berjiwa dan beradab
Next: POSKOM Belaga tingkat penglibatan komuniti luar bandar dalam pembangunan setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.