Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Santunan Desa KEMAS perkasa komuniti luar bandar di Puncak Borneo
  • Selatan
  • WILAYAH

Program Santunan Desa KEMAS perkasa komuniti luar bandar di Puncak Borneo

Utusan Sarawak 2 days ago
AMANAT… Datuk Willie Mongin berucap pada Program Santunan Desa KEMAS Peringkat Parlimen Puncak Borneo 2025 yang berlangsung di Dewan Kampung Taba Sait, Bengoh Resettlement Scheme (BRS), hari ini.

PADAWAN: Program Santunan Desa KEMAS disifatkan sebagai inisiatif strategik kerajaan yang memfokus kepada pembangunan modal insan, keusahawanan dan ekonomi luar bandar melalui kerjasama erat antara KEMAS, agensi kerajaan dan sektor swasta.

Ahli Parlimen P.198 Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, program seumpama ini memberi impak menyeluruh kepada masyarakat setempat menerusi pelbagai pengisian yang bermanfaat.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Santunan Desa KEMAS Peringkat Parlimen Puncak Borneo 2025 yang berlangsung di Dewan Kampung Taba Sait, Bengoh Resettlement Scheme (BRS), di sini, hari ini.

Menurutnya, pelbagai pengisian program yang dirangka termasuk pameran agensi kerajaan, gerai jualan usahawan tempatan, aktiviti kesukarelawanan, sukan rakyat, konvoi motosikal, persembahan hiburan, auto show, bual bicara keusahawanan serta pertandingan untuk kanak-kanak memberi manfaat secara menyeluruh kepada masyarakat setempat.

SEKITAR suasana Program Santunan Desa KEMAS Peringkat Parlimen Puncak Borneo 2025 yang berlangsung di Dewan Kampung Taba Sait, Bengoh Resettlement Scheme (BRS), hari ini.

“Program ini membuka ruang kepada komuniti untuk memperkasa ilmu, meningkatkan kemahiran serta menambah baik kesejahteraan hidup mereka,” katanya.

Willie dalam ucapannya turut memberi penekanan terhadap kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai landasan utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri negara, khususnya dalam bidang masakan, jahitan, dandanan diri, seni tangan, komputer dan kesejahteraan keluarga.

“TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi peluang besar untuk anak-anak muda luar bandar membina masa depan. Bukan kurang pandai, cuma cara belajar kita berbeza,” jelasnya sambil menggesa golongan belia untuk merebut peluang latihan kemahiran yang disediakan.

Beliau turut menyentuh sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dengan menggesa rakyat agar memerdekakan pemikiran, berani berinovasi dan mempertahankan jati diri bangsa daripada pengaruh negatif global.

“Tema Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni menggambarkan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial dan keadilan,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada KEMAS Sarawak, Pejabat Daerah, pemimpin tempatan dan semua sukarelawan yang berganding bahu menjayakan program tersebut.

“Desa bukan sekadar penonton pembangunan, tetapi pemegang obor masa depan,” katanya sambil merasmikan penutupan Program Santunan Desa KEMAS Peringkat Parlimen Puncak Borneo 2025.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: Program ‘Segulai Sejalai’ dianggap berkesan, patut diperluas ke daerah lain
Next: Sokongan keluarga dan pasangan kunci kejayaan penyusuan susu ibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.