Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Santai Malam Tujuh Likur anjuran JKKK Haji Undom dan Jiran Muda Kampung Baru Hilir meriah
  • Selatan
  • WILAYAH

Program Santai Malam Tujuh Likur anjuran JKKK Haji Undom dan Jiran Muda Kampung Baru Hilir meriah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PROGRAM Santai Malam Tujuh Likur anjuran JKKK Kampung Haji Undom bersama Jiran Muda Kampung Baru Hilir Simanggang, malam tadi. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Program Santai Malam Tujuh Likur anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Haji Undom bersama Jiran Muda Kampung Baru Hilir berjaya mengeratkan hubungan masyarakat setempat dalam suasana penuh kemeriahan, dekat sini malam tadi.

Program yang menghimpunkan pelbagai lapisan penduduk itu turut memperlihatkan semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan komuniti di kawasan berkenaan.

Pegawai daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sri Aman, Zikri Haizan berkata, penganjuran program seumpama itu wajar dipuji kerana berjaya menghimpunkan penduduk setempat.

PROGRAM Santai Malam Tujuh Likur anjuran JKKK Kampung Haji Undom bersama Jiran Muda Kampung Baru Hilir Simanggang, malam tadi. Foto: Adi Safarman

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur atas usaha murni yang dilaksanakan dalam memperkukuh hubungan silaturahim antara komuniti.

Menurutnya, peruntukan yang disalurkan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghidupkan aktiviti sosial di peringkat komuniti.

Katanya, penganjuran program secara berterusan mampu meningkatkan penglibatan masyarakat serta mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan penduduk.

PROGRAM Santai Malam Tujuh Likur anjuran JKKK Kampung Haji Undom bersama Jiran Muda Kampung Baru Hilir Simanggang, malam tadi. Foto: Adi Safarman

Selain itu, beliau menegaskan bahawa setiap penganjuran atau cadangan program berkaitan KRT perlu dilaporkan dalam kumpulan WhatsApp KRT atau dihebahkan melalui media sosial.

Langkah tersebut, jelasnya, penting bagi memastikan maklumat dapat disampaikan secara meluas kepada komuniti setempat.

“Ini sekali gus dapat menarik lebih ramai penyertaan penduduk dalam setiap aktiviti yang dianjurkan,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar.

Tambah beliau, objektif utama program adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat di Sri Aman bahawa penduduk Kampung Hilir Simanggang hidup dalam keadaan bersatu padu.

Katanya, komuniti di kawasan itu mampu duduk bersama, berhimpun dan bekerjasama hasil peruntukan serta sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak.

Sementara itu, Pengarah Urusan Megah Awada Sdn Bhd, Awangku Hafizi Awang Azahari berkata, beliau amat bersyukur kerana komuniti di Sri Aman merupakan masyarakat yang harmoni dan aman.

Menurutnya, kerjasama erat antara penduduk dengan agensi kerajaan serta syarikat swasta mampu melahirkan komuniti yang terbaik di kawasan tersebut.

Beliau berharap agar program seperti itu diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Awangku Hafizi turut menasihatkan masyarakat agar mengamalkan sikap berjimat cermat dalam menyambut Aidilfitri serta mengutamakan keperluan penting seperti perbelanjaan pendidikan anak-anak dan mengelakkan pembaziran.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk Pertandingan Lagu Raya dan Pertandingan Pakaian Kanak-Kanak. 

Turut hadir ialah Pengerusi KRT Kampung Baru Hilir Simanggang, Awang Magerib Awang Ani; Pengerusi JKKK Kampung Haji Undom, Ketua Kaum Jimi Peri; Pengerusi Jiran Muda, Mohd Nazeri Nai serta ahli jawatankuasa KRT dan JKKK.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM400,000 naik taraf dua jalan kebun di DUN Krian pacu ekonomi penduduk
Next: Eksklusif: Hampir dua jam tunggu feri Batang Paloh, trafik meningkat menjelang Hari Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.