Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Sahabat Sungai galakkan kesedaran kebersihan sungai di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Program Sahabat Sungai galakkan kesedaran kebersihan sungai di Bintulu

Utusan Sarawak 1 day ago
ISKANDAR berucap pada majlis penutupan Program Kesedaran Kebersihan Sungai Sahabat Sungai Batang Kemena di Terminal Penumpang Bintulu LSS Bahagian Bintulu hari ini.

BINTULU: Masyarakat diingatkan agar tidak menganggap sungai sebagai tong sampah terbesar, sebaliknya memelihara sumber semula jadi itu demi kepentingan generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, sungai telah menjadi nadi kehidupan sejak zaman nenek moyang sebagai laluan pengangkutan utama, selain menjadi sumber air dan rezeki penduduk.

“Sungai adalah tempat permulaan kehidupan kita terutama semasa zaman nenek moyang kita yang mana bukan sahaja menjadi sumber pengangkutan malah sumber air dan sumber rezeki,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Program Kesedaran Kebersihan Sungai Sahabat Sungai (Friends of Rivers) Batang Kemena di Terminal Penumpang Bintulu, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Bahagian Bintulu di sini, hari ini.

 TIMBALAN Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato’ Henry Harry Jinep dan Iskandar bersama tetamu kehormat merakam gambar bersama komuniti setempat semasa Program Kesedaran Kebersihan Sungai Sahabat Sungai Batang Kemena di Terminal Penumpang Bintulu LSS Bahagian Bintulu hari ini.

Iskandar turut menegaskan bahawa pencemaran seperti pembuangan sampah, minyak dan bahan kimia ke dalam sungai hanya akan membebankan masyarakat kerana meningkatkan kos rawatan air.

“Kalau kita semua membuang bahan kimia dan minyak ke dalam sungai, ia hanya memberi kesusahan kepada kita.

“Air akan menjadi lebih mahal daripada petrol,” tegasnya.

Oleh itu, beliau menyokong usaha LSS melalui program Sahabat Sungai yang selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) ke arah tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Penjagaan sungai secara berkesan mampu bendung wabak dan bencana
Next: MDLA & Kim Huang Enterprise jayakan program pengumpulan minyak masak terpakai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.