Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Program SAFE tingkat kewaspadaan rakyat terhadap penipuan digital – Fahmi
  • NASIONAL

Program SAFE tingkat kewaspadaan rakyat terhadap penipuan digital – Fahmi

Utusan Sarawak 7 hours ago
Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR: Kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan digital terus dipertingkat menerusi program Be Smart, Avoid Scam: Scam Awareness For Everyone (SAFE), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai taktik penipuan digital semasa, langkah perlindungan diri di alam siber dan amalan pengurusan kewangan yang lebih selamat.

“Hubungi talian 997 dengan segera sekiranya anda menjadi mangsa penipuan.

“Sindiket penipuan hari ini semakin licik dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan jika tidak sentiasa berwaspada,” katanya.

Terdahulu, Fahmi menghadiri program SAFE anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 2 Lembah Pantai di Dewan Persatuan Gujerati, Bangsar Park di sini.

Program itu melibatkan sekitar 120 peserta yang terdiri daripada warga emas dan penduduk sekitar Bangsar.

Fahmi juga berharap lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada program itu supaya lebih bersedia melindungi diri dan keluarga daripada ancaman penipuan digital. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Pengesahan umur MyDigital ID lindung kanak-kanak daripada ancaman siber, jamin keselamatan data
Next: Tindakan perundangan jika sebar maklumat palsu terhadap kementerian, jabatan kerajaan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.