Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program S-MM2H tidak terjejas
  • TEMPATAN

Program S-MM2H tidak terjejas

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bersama yang lain menunjukkan risalah berkaitan Malaysia My Second Home Programme selepas sidang media bertempat di Dewan Mesyuarat Mulu di bangunan Baitulmakmur Petra Jaya semalam. • Foto: ALIPIAN HYACINTH

KUCHING: Kerajaan Sarawak meneruskan penyertaan bagi program Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) dengan peningkatan syarat dan peraturan baharu yang berkuat kuasa pada 1 September 2020.

Program yang dianjurkan menerusi Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan itu adalah ditawarkan untuk warga asing yang berminat dan permohonan kini tertakluk kepada penambahbaikan peraturan dan keperluan baharu.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeriannya telah mendapat persetujuan daripada Kabinet Negeri pada 18 Jun lalu untuk syarat dan peraturan S-MM2H yang baharu tersebut.

“Memandangkan Sarawak mengharapkan lebih banyak orang asing mengunjungi negeri ini dan menjadikan Sarawak sebagai rumah kedua mereka, maka jumlah permohonan program ini dijangka meningkat secara mendadak berdasarkan trend sejarah statistik S-MM2H.

“Sehubungan itu, mereka yang berminat dialu-alukan untuk memohon melalui kementerian saya dan program S-MM2H ini tidak akan terjejas walaupun Kerajaan Persekutuan membekukan sementara program ini,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian pada sidang media penambahbaikan peraturan dan keperluan baru Program S-MM2H di Bangunan Baitulmakmur,  Petra Jaya, semalam.

Tambah Abdul Karim, penambahbaikan peraturan adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan dan keselamatan awam rakyat Sarawak serta dalam masa yang sama melonggarkan had umur serta kini terbuka kepada semua warganegara asing yang mempunyai hubungan diplomatic dengan Malaysia kecuali Israel.

“Untuk kelayakan umur, kategori baru berusia dari 40 hingga 50 tahun layak untuk memohon dengan pelaburan dalam harta tanah khusus untuk tujuan kediaman dengan jumlah sekurang-kurangnya RM600,000.

“Lain-lain peraturan dan keperluan baru bagi program ini termasuklah semua pemegang pas S-MM2H perlu tinggal minimum 15 hari setahun di Sarawak untuk melayakkan mereka memperbaharui pas S-MM2H selepas lima tahun.

“Selain itu ejen berdaftar di bawah kementerian juga dibenarkan untuk menghantar permohonan bagi pemohon bagi membantu pemohon yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan penaja,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata bagi memberi manfaat kepada ekonomi Sarawak, pemohon perlu mempunyai simpanan tetap dari RM100,000 kepada RM150,000 untuk individu dan dari RM150,000 menjadi RM300,000 untuk pasangan.

“Jumlah minimum pembelian rumah kediaman juga telah meningkat dari RM350,000 kepada RM600,000 untuk Bahagian Kuching dan dari RM300,000 kepada RM500,000 untuk bahagian lain di Sarawak.

“Pemohon di bawah 21 tahun dan tidak berkahwin dibenarkan untuk memohon dengan dijamin ibu bapa serta pemohon diwajibkan membeli insurans perubatan untuk diri,” katanya lagi.

Untuk rekod, Abdul Karim berkata, sejak dimulakan pada Januari 2017 hingga 2019, Sarawak menerima sebanyak 1,240 penyertaan bagi program ini.

“Pada 2019 sahaja, terdapat 226 pemohon yang berjaya berbanding 103 pemohon berjaya pada 2018 dan jumlah penyertaan bagi program ini dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang,” ujarnya.

Turut hadir, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting dan Setiausaha Tetap Kementerian Hii Chang Kee.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Takut dimarahi, kanak-kanak dakwa hampir diculik
Next: Rakyat bersatu kukuhkan perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.